Hujung Pangkal

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

“Shukran, maaf la aku ingatkan tiada orang di rumah petang tadi. Habis waktu kerja terus pulang. Memang tak patah balik dah.” setiap patah ditulis dengan nada serius, pesanan yang ringkas tapi jelas.

“Kalau hang tolong rendamkan dulu boleh?” sambung lagi, merujuk kepada keratan batang pokok mulberi. Sudah lama benih mulberi ini dicari di merata tempat, Alhamdulillah akhirnya ada peluang juga.

“Sebelum tu, hang tahu tak mana satu hujung mana satu pangkal? Silap rendam tak hidup la gamaknya.” saja bergurau, dalam masa yang sama mengingatkan. Bukan senang dapat peluang ni.

Angin Perubahan

Belakangan ini, tidaklah sesibuk zaman mengaji di UKM dulu, tetapi semangat menulis itu lenyap dihempap bantal dan tilam yang empuk. Penat bekerja itu sangat menguji stamina yang sedia ada. Saat itu, saya sedar dan mengerti maksud sebenar “bekerja membanting tulang”.

Pesan seorang sahabat, “Jangan biarkan bakat hang terus berkubur. Ianya satu kehilangan yang besar bagi dakwah islam.”

2009 – 2013, tidak terlalu panjang sela masanya. Sekelip mata sahaja. Jumlah entri, boleh diletak dalam kategori “boleh la”. Walhal, tidak memadai dengan jumlah hari dan masa. Tidak termasuk dengan entri yang karut marut.

Sebagai langkah yang serius untuk meneruskan usaha menulis, saya mengambil keputusan untuk menukar bocahspg.wordpress (2009 – 2013) kepada fatamorganakehidupan.wordpress
(2014 – kini). InshaAllah akan kekal sehingga mampu menyewa domain, fatamorganakehidupan.com (amin!).

bocahspg.wordpress (2009 – 2013). Ada yang masih bertanya, kenapa ‘bocahspg’?

Bocah dalam kamus Dewan Jawa, bermaksud ‘budak’. Manakala ‘spg’ membawa erti lokasi kewujudan blog ini, ‘Sepang’. Saya berdarah jawa dan menetap di Sepang, Selangor Darul Ehsan. Kewujudan blog tersebut, pada mulanya sekadar suka suka. Sekadar melihat perkembangan terkini senior sekolah menengah yang ketika itu belajar di luar negara.

Kagum dengan semangat MEMBERI dan berkongsi dalam setiap bait katanya. Kehidupan penulisan saya bermula dengan kertas A4 kosong, kepada sebuah buku diari ringkas sehinggalah penulis blog.

Kenapa fatamorganakehidupan.wordpress (2014 – kini)? Nama ini dipilih sebagai meneruskan legasi bocahspg.wordpress. Alamat yang berubah, namun konteks dan peninggalannya masih sama. Masih tersimpan rapi dalam laci arkibnya. Boleh dilihat dari 2009 sehingga 2013, transformasi gaya penulisannya. Sangat berubah mengikut pengaruh massa.

Maka dengan penjelasan di atas mampu menjawab segala soalan kenapa, mengapa alamat blog ini ditukarkan. Angin perubahan ini diharapkan mampu mengembalikan sikap serius dalam menulis dan berkongsi dalam erti kata memberi informasi seadanya.

Hujung Pangkal
1
Hari ini kita dihamparkan dengan pelbagai jenis dan bentuk berita/informasi/maklumat. Biasa kita dengar istilah ‘Dunia di hujung jari’. Idea tersebut akhirnya membawa kewujudan tablet yang hanya perlu disentuh pada skrinnya, menggantikan helaian kertas.

Tugas kita sangat berat. Sudahlah ingin mencari berita yang sahih, ditimbun pula dengan urusan itu ini. Sebagai pembaca yang berfikiran ‘atas pagar’, saya pasti anda sangat malas untuk mengambil tahu. Bahkan, secara mentah menolak segala informasi, sudah bosan barangkali.

Hanya menunggu berita di penghujung sahaja. Pangkalnya tidak diketahui. Akhirnya, timbul pelbagai masalah yang boleh kita agak ataupun di luar jangkaan kita.

Antara faktor kemajuan Jepun, sebuah negara bukan Islam, adalah kerana budaya masyarakat mereka yang mempunyai disiplin masa yang tinggi dan sikap rajin membaca.

Umat Islam seharusnya lebih baik.

Lama juga menunggu Shukran balas, barangkali sedang meneliti setiap pesanan. Nah! tembakan gurauan memetik rasa untuk membalas.

Shukran balas, “Aku tahu la! Aih, hang ingat teka teki P Ramlee ka? hehee”

Fikri @ fatamorganakehidupan.wordpress.com
43900 ST


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment