Konvokesyen UKM 41

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

[2008]

Mengimbau kenangan setelah berakhirnya kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Teman mengenal ‘apa itu Facebook’ melalui seorang guru. Guru Fizik yang sangat dikenali dengan gaya sempoi dan tegas, Cikgu Jafni Ghazali.

Ketika itu, teman sangat mengagumi kebolehan dan perkongsian yang kerap dilakukan oleh senior maktab di laman blog peribadi beliau. Lebih dikenali sebagai Leo Kid. Ketika itu, beliau sedang menuntut di Russia, dalam bidang Perubatan.

Kisahnya FB bermula setelah seminggu teman diberi pinjam broadband Celcom Cikgu Jafni, yang pada awalnya diharapkan untuk mencari jurnal atau info yang berkaitan dengan projek Intel ISEF. Maka, terciptalah akaun peribadi Fikri Arrazi (ketika itu), hasil brainwash FB lebih baik daripada Friendster.

[Oktober 2013]

Awalnya, akaun FB ini, tujuan diwujudkan hanyalah sekadar berkongsi idea dan pengalaman sepanjang hidup teman. Tujuan yang lain adalah untuk tidak mengaitkan langsung keluarga kandung dalam setiap post. Disebabkan mak tidak gemar, betapa sosialnya FB ini dalam menyebar maklumat. Secara perlahan-lahan, teman kurang berkongsi segala cerita peribadi.

Boleh lihat sepanjang bulan ini, teman berjaya mengurangkan post-post keluarga, dengan harapan untuk kurang bersosial. Kebiasannya, hampir setiap hari akan ada post.

[Konvokesyen UKM 41]

IMG_0538 IMG_0515

Alhamdulillah, Terima kasih mak & bapak.

Hadiah hari lahir yang ke-22 tahun Masihi. Teman sedar, dalam kemeriahan rakan-rakan bergaya dengan jubah konvo mereka, masih ada yang tidak berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh yang ditulis dalam kertas tawaran 3 tahun yang lepas. Jika ada yang memaparkan gambar ‘pra-konvo’, jubah teman masih elok digulung bersama plastiknya. Masih tidak dicuba sehinggalah sidang ke-8 tiba.

Meriah dengan warna Ungu, Hitam, Hijau, Oren, Biru dan banyak lagi. Teman bersolidariti untuk tidak melampirkan gambar berjubah di akaun peribadi. Disamping, pencapaian yang kurang memberansangkan, teman berharap peluang untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi diperkenankan Allah. Hanya masa yang menentukan, samada cepat ataupun lambat.

Rasa tidak cukup 3 tahun di Universiti sebagai mahasiswa. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Jubah yang disarung ini melambangkan kesediaan teman untuk berbakti kepada masyarakat. Bekalan Ilmu dan pengalaman sepanjang 3 tahun ini diharapkan dapat dikongsi bersama masyarakat. Semoga semangat ini tidak akan hilang saat jubah ditanggalkan. Terus meresap di dalam hati bersama redha Ilahi.

 Gambar di atas, dedikasi untuk adinda di Maktab Perguruan Raja Melewar. Sudah janji untuk muat naik di FB. Namun, terpaksa batalkan hasrat setelah bersolidariti untuk tidak memaparkan gambar berjubah. Fatamorgana Kehidupan kurang trafik sejak setahun lepas, tidak menang tangan mengurus organisasi. Tahniah buat graduan 2013.

Semoga Allah Redha.

#MovingForward

Ahmad Fikri Bin Mastor
Sarjana Muda Sains Biologi (Genetik),
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam,
Fakulti Sains & Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment