Alkisah seorang guru.
Ustaz Yusof terasa sakit hati melihat murid terpandainya Ishak menjadi semakin angkuh setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas di sekolah.
Ishak cepat melihat kesilapan orang lain dan suka menegur secara terbuka, tetapi berdiam diri apabila sendiri melakukan perkara yang sama.
Satu hari di surau, Ustaz Yusof berbual dengan Ishak selepas selesai solat Zohor.
Masa berbual-bual, tetiba Ishak bangun dengan cepat untuk menerpa tiga orang pelajar di tepi pagar sebelah surau.
Ustaz Yusof ikut bersama.
“Kamu semua ini nak panjat pagar ponteng sekolah ke?” jerit Ishak.
“Kelas mana, tingkatan berapa, nama apa?” tengking Ishak.
Seorang pelajar itu Ramli cuba menerangkan bahawa mereka bertiga tadi sedang menyelamat seekor kucing tersepit pagar.
“Mana kucingnya?” tanya Ishak.
“Kami dah lepas, kucing itu terus dah lari ke seberang,” jawab Ramli.
“Penipu… semua bagi nama,” jerit Ishak lagi.
“Kamu bertiga balik ke kelas,” kata Ustaz Yusof.
“Ishak, lepaskan mereka,” tambah beliau.
“Tak boleh ustaz. Malulah saya tak laksana tugas,” tegas Ishak.
Ustaz Yusof meletakkan tangannya di atas bahu Ishak lalu membawanya berjalan ke luar pagar sambil jarinya memberi isyarat kepada tiga pelajar itu untuk beredar.
“Lihat ada tompok darah di lantai. Kucing tadi tersepit akibat dikejar anjing. Nasib baik tiga pelajar tadi sempat melihatnya dan menghalau anjing barulah kucing itu dapat lari dengan selamat,” kata Ustaz Yusof.
“Maksudnya saya tersilap nak hukum mereka?” tanya Ishak.
“Sebagai jadi Ketua Pengawas, ustaz melihat Ishak semakin menjadi ustaz ketika muda dulu… Dulu ustaz mudah melihat kesilapan orang lain dahulu sebelum melihat kesilapan sendiri – ini menyebabkan ustaz dulu selalu ada tanggapan yang silap pada orang lain.
Kadang-kala ustaz melihat kelemahan ustaz pada orang lain, tapi ustaz bukan sahaja berdoa untuk mereka mencari kekuatan untuk mengatasi kelemahan tersebut, malah ustaz menjadi tidak bermaaf lalu mengherdik mereka atas kelemahan itu.
Ustaz juga mudah memberikan jawapan dan pembetulan tindakan kepada orang lain, tapi tidak pula memberi perhatian kepada keperluan untuk membetulkan diri sendiri,” terang Ustaz Yusof.
Ishak khusyuk mendengar tidak berkata apa-apa.
“Sebenarnya, sebagai jadi Ketua Pengawas, Ishak pun sama, Ishak hanya fokus pada kesilapan orang lain tapi tidak pada diri sendiri,” kata Ustaz Yusof.
Ishak masih lagi tidak membeliakkan mata.
“Jika Ishak ambil lebih banyak masa fokus pada kelemahan diri sendiri, sebenarnya Ishak akan rasa tiada keperluan untuk memberi kritikan pada orang,” kata Ustaz Yusof.
“Bagaimana ustaz boleh lakukan?” tanya Ishak yang semakin berminat.
“Ustaz doa tiap-tiap hari untuk Allah membersihkan pandangan mata dan fokus ustaz pada orang lain. Ustaz doa agar ustaz dapat sibuk dengan urusan sendiri dan memperbetulkan segala kesilapan yang ada,” jawab Ustaz Yusof.
Semenjak itu, Ishak berubah daripada menjadi seorang pengawas yang suka menghukum kepada seorang pengawas yang pandai mendidik dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang melakukan kesalahan agar tidak mengulanginya.
Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, kamu memerlukan cermin untuk melihat pimple yang ada di wajahmu. Di dalam perjalanan hidup ini, Allah akan menghantar beberapa orang yang berfungsi sebagai cermin seperti Ustaz Yusof untuk menyedarkan kamu yang kian terhanyut supaya kamu dapat bertaubat, berasa insaf dan mengubah tingkah laku sendiri ke arah yang lebih baik.
Jadi usahlah kamu terlebih melenting atau defensive apabila ada mereka yang berani mengkritik kamu. Kerana kemungkinan mereka adalah cermin yang dihantar Allah untuk kamu melihat pimple di muka sendiri.
Senyum
Sumber: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man