Hanya Berdiam Diri

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Tiada apa yang perlu dikata

Hari ini merupakan antara yang saya kira hari terputusnya ikatan kerjasama yang sangat penting. Pembinaan yang sekian lama memerlukan komitmen yang tinggi. Kerjasama akademik.

Semester ini saya banyak belajar daripada peristiwa yang gagal mencerminkan diri sendiri sebagai seorang pemimpin kepada diri sendiri.

Pada 1 tahap yang saya kira apabila ditegur rasanya menusuk ke dalam hati sanubari. Luka yang sangat besar, namun perlu diterima atas kapasiti kesalahan yang berpunca daripada diri sendiri.

“setiap orang ada 24 jam sehari”

“Tu la aktif sangat!”

“walk the talk”

Pernah satu ketika saya diajak berbincang dengan rakan yang 1 kursus. Sahabat ni bertanya;

“lepas ni boleh aktif dengan batch semula?”

“mudah-mudahan, insyaAllah” ringkas jawapan saya.

Ujian sebelum, semasa, selepas bergelar ‘pemimpin’

Saya ingat pesanan seorang yang saya hormati sebagai seorang abang.

“Situasi pasti berlainan, jelas kelihatan sehinggakan dapat dilabel sebelum, semasa, dan selepas bergelar pimpinan. Cabaran pada setiap fasa sebelum, semasa dan selepas sangat berbeza dan menuntut komitmen yang tinggi.”

Kini, saya sedar bahawa hakikat 24 jam itu benar dan tepat sekali.

Pembahagian masa, kerja sangat mencabar. Jika hati tidak kuat menerima kritikan, sudah lama saya putus asa.

Namun, saya anggap ini adalah ujian Allah kepada saya untuk sedar akan segala perkara. Perkara yang dirancang perlu laju, terlambat sikit pasti teruk padahnya.

Ketika sedang menaip ini, timbul lagi nasihat yang terbaru. Kali ini kian tersentuh.

“Pentingkan apa yang lebih penting dari pentingkan apa yang penting”

Adakalanya perlu berdiam

Kenapa? Setiap minggu pasti diberi nasihat oleh pensyarah genetik kuantitatif. Saya sekali ingin menegaskan kata-kata pensyarah tersebut bukan atas situasi bebelan tetapi nasihat seorang ibu kepada anaknya.

Khuatir keadaan bertambah teruk, malam ini merupakan malam muhasabah buat diri yang hanyut dalam kelekaan.

Selalu menyusahkan urusan orang lain sehinggakan tiada nilai tolak ansur yang wujud lagi.

Tiada lagi tolak ansur, tiada lagi kepercayaan. Segalanya hilang dalam sekelip mata.

Saya pasti segan, rendah diri, malu untuk ke kelas selepas ini. Namun, atas keyakinan bahawa hanya ini sahaja ujian yang mampu Allah timpakan kepada ku untuk satu perubahan.

Perubahan agar diri terus rendah diri, tiada lagi yang perlu dibanggakan jika diri tidak pandai mengatur masa.

Jika dengan kritikan, komen serta sindiran itu yang mampu menyedarkan ku, maka soal redha saya utamakan. Allahu Allah. Hamba ini banyak berbuat maksiat kepada mu.

Terimalah taubat ku.

Akhir kata

Jutaan kemaafan saya pohon, jika sampai satu tahap tiada lagi kepercayaan. Maka, perlunya saya mendiamkan diri. Tiada lagi yang perlu diucapkan selain ucapan “Maaf, harap tidak serik”.

Fikri Arrazi | 1:49 AM | 1 Mei 2012


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment