Nukilan Ringkas Buat PMFST

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Keliru dengan perasaan sendiri. Kelegaan mungkin bersarang dalam diri saya selaku mantan Exco Sukan & Kebudayaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi. Segalanya telah saya serahkan kepada ketentuan qada’ dan qadar Ilahi.

Pernah satu ketika, saya merasa sangat berat untuk memikul gerak kerja ini. Sehinggakan kehidupan serba tidak kena, komitmen bersama rakan satu kursus sangat hambar. Perkara yang saya belajar sepanjang memegang portfolio Sukan & Kebudayaan, adalah pengurusan masa.

Nasihat yang paling terkesan dalam jiwa adalah ungkapan daripada seorang senior yang sangat saya hormati.

“Apa yang kita perlu sedar adalah soal zaman. Zaman yang berbeza daripada zaman sebelum ini. Keadaan pasti berbeza apabila kalian naik sebagai pimpinan. Sebelum, semasa dan selepas. Tiga keadaan yang berbeza. Pasti cabarannya juga berbeza.”

Ringkas sahaja nasihat saya buat sahabat pimpinan yang baru. Usah dihiraukan soal lemah, tidak layak, dan segala faktor yang merendahkan moral diri. Soal yang paling penting adalah fokus terhadap pembangunan diri.

Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan. Kelemahan perlu diperbaiki, usah ditangisi sekiranya ditegur dengan nada yang keras. Jika itu kebenarannya, tidak dapat tidak kita perlu mengelak untuk mengulangi segala permasalahan tersebut.

Cukup bahagia bersama ahli keluarga PMFST 2011/2012. Kalian sudah saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Meskipun pelbagai cabaran komitmen menimpa, saya kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh Majlis Tertinggi PMFST. Mereka selaku barisan hadapan yang terbaik!

Terima kasih atas kerjasama, semoga ikatan ukhuwah ini tidak terhenti sebaik sahaja ucapan pembubaran oleh mantan YDP PMFST. Selepas ini, nasihat serta idea yang berkaitan boleh diberikan dalam membantu adik-adik yang baru dilantik sebagai pimpinan PMFST 2012/2013. Semoga inspirasi untuk melihat hubungan yang harmoni antara PMFST dan kelab-kelab di FST akan terlaksana.

Impian setiap ahli persatuan pasti ingin melihat kesatuan ini tidak terhenti dipertengahan jalan. Legasi ditinggalkan bukan satu tanda penamat, tetapi dengan harapan usaha ini terus disambung oleh generasi akan datang. Semoga PMFST terus gah dan menjadi penghubung yang efektif antara pentadbiran dan mahasiswa FST. InsyaALLAH.

Semoga Allah memudahkan urusan kalian pimpinan PMFST 2012/2013 dalam menempuhi hari-hari yang indah. Seeru ‘Ala BarakatiLLAH.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment