Sesaran di Krau

Kehidupan

Rama-rama

Rama-rama

Ekologi, satu ungkapan ringkas. Biasa didengar dan dibaca. Sesuatu yang mungkin selalu menjadi buah mulut pelajar Biologi.

Biarpun perkataan yang biasa, namun teruji di lapangan dengan pelbagai teknik yang diperkenalkan.

Pada sisi pandangan yang lain, kekuatan fizikal & mental sangat diperlukan. Apa yang saya boleh gambarkan pada rakan adalah bagaimana kita mencerap bilangan flora & fauna di sesebuah lapangan/plot.

Ada juga rakan-rakan bidang pengajian lain berkata : “Asyik-asyik fieldwork, mudah la masa final exam nanti.”

Jawapan saya, setiap bidang pengajian nyata berbeza daripada sudut teori dan praktikal. Ada sahabat yang mengambil jurusan dakwah dan kepimpinan di Fakulti Pengajian Islam, sebagai contoh. Mereka juga mempunyai kerja lapangan.

Lapangan mereka di medan masyarakat, pinggiran bandar mahupun pendalaman. Kadang-kadang melibatkan masyarakt orang asli.

Maka, jika pelajar biologi belajar mengenai flora mahupun fauna, lapangan mereka sudah tentu di hutan dan makmal.

Sempat menulis ketika kerja lapangan?

Saya sedaya upaya mencuba untuk memuat naik catatan ini dari jam 11 pagi. Namun, tergendala dek kerana kawasan Krau kurang liputan 3G.

Apapun, catatan ini ditulis semasa sesi pembentangan hasil kajian bermula. Kumpulan saya dipilih sebagai kumpulan pertama untuk membentang disusuli 4 kumpulan yang lain.

Nukilan ringkas di Krau Pahang.
Ahmad Fikri Mastor
4:30 PM
19 Mei 2012


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment