Erti kehidupan pada kebanyakan orang adalah sesuatu keadaan yang selesa, tiada duka. Kehidupan bahagia, kehidupan yang indah belaka.
Kadang kala, kehidupan yang diharapkan adalah satu kepuasan yang berterusan. Sentiasa berada dalam mod menaik, tiada tanda graf seperti menurun.
Bagi saya, kehidupan seperti itu pasti sangat membosankan. Tiada langsung elemen ujian, cabaran yang memaksa diri untuk bermujahadah. Melebihkan kepentingan umum berbanding kepentingan sendiri.
Sejak belakangan ini entri saya kelihatan seperti pasrah, kecewa dengan kehidupan, lemah dan sebagainya. Pada satu sudut saya tidak menafikannya.
Benar, sesuatu perkara yang besar telah menimpa diri saya serta mengubah graf kehidupan saya. Hanya yang rapat serta selalu berdamping dengan saya di kampus sahaja yang mengetahui.
Apa pun, saya sangat merindui pasukan saya di matrik. Sekali lagi, benar! Cabaran pasti berbeza di setiap peringkat pengajian mahupun medan kehidupan.
Sekalipun kita pernah mempunyai team yang sangat terbaik mengikut penilaian kita, usah dikesal dengan keadaan sekarang,
Suka duka, jerih perih usah dijadikan alasan yang membantutkan usaha pembangunan diri. Semoga keikhlasan lahir dalam diri setiap pejuang kehidupan. Dari keikhlasan, soal usaha pasti mengatasi tahap keterbatasan.
Permulaan pasti dilihat sangat lembab. Yakinlah! Jika bukan tenure ini dilihat terbaik pada gerak kerja, dengan pengorbanan yang sedikit pasti membuahkan generasi yang diimpikan.
“Kita hidup pada hari ini adalah hasil tanaman orang terdahulu, maka giliran kita pula bercucuk tanam dalam menentukan nasib anak muda pada masa hadapan”
Ya Rabb~ Berkatilah usaha ini. Ameen~
Muhasabah