Undangan diterima untuk pertemuan singkat. Khabarnya meraikan beberapa abang-abang dan kakak yang akan bergraduasi pada bulan 10 akan datang. Sedaya upaya saya berusaha mengosongkan tarikh tersebut, agar pertemuan ini dapat direalisasikan meskipun terdapat beberapa kekangan.
Terkenang zaman sibuk, di kala orang cuti kami bersama meredah suasana Bandar. Segala hiruk pikuk kesibukan kenderaan, berpuasa dan berbuka bersama. Sungguh saya katakan, semalam merupakan hari yang saya rasa sangat lega.
Lega dalam erti kata pertemuan yang sudah lama ditunggu-tunggu. Saya akui diri ini terlalu sibuk, rumah dekat, hujung minggu pun hanya bermalam sehari. Begitupun jika terdapat masa yang mengizinkan. Jika tidak telefon sahaja penyambung rantaian jiwa kami sekeluarga.
Hebatnya ukhuwah ini, sehingga kini masih berhubung. Jika ada sambutan hari lahir yang bakal tiba, pelbagai konspirasi akan dirancang di peringkat awal. Allahu Allah, saya bersyukur dengan keluarga di UKM ini.
Meskipun pertemuan yang pada asalnya adalah kerana terpaksa, membuahkan kebahagiaan di sepanjang pertemuan. Bersyukur kerana limpah dan kurniaNya kerana mencampakkan perasaan kasih sayang di dalam hati-hati kami.
Sedih?
Sedikitpun tidak, kerana keceriaan mereka bukan dibuat-buat. Biarpun ada dalam kalangan mereka ini akan keluar daripada pembukitan ilmu UKM, menempuhi dunia yang baru, saya yakin ukhuwah ini tetap utuh selagi Allah memberi keizinanNya.
Usrah ini saya mengenali semua orang, saat suka duka, jerih perih. Soal kehidupan berjemaah segalanya membantu saya mengaplikasi dari teori kepada praktikal.
Kesimpulan akhir bagi saya, dalam apa sahaja gerak kerja pastikan ukhuwah dalam diri setiap orang utuh dan kukuh.
Ada pun dalam kalangan kami yang tidak berpuas hati segera diluahkan, agar keberlangsungan usrah(keluarga) ini terus lestari.
Shukran kepada semua, segala kerjasama kalian sangat bermakna buat diri ini. Shukran atas segalanya. Semoga terus berhubung. Jaga diri & Iman. 🙂
“Ya Allah, Engkau berkatilah & dan damaikan lah hati-hati kami agar sentiasa saling berkasih & sayang. Semoga kami ber-usrah sehingga ke syurga.”
Fikri Arrazi
11:16 AM