INILAH JALANKU

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

INILAH JALANKU

Jelas beberapa ketika dahulu, saat kita memulakan langkah kecil ke pagar sekolah rendah. Meniti kehidupan sebagai pencari Ilmu.

Tika itu, tiada rasa dibenak hati melainkan rasa gembira dapat bersama rakan sebaya. Berderap langkah kaki menuju tekad yang sama, “Kejayaan Harus Kita Miliki”.

Dalam meniti kehidupan, dari hari ke hari, kita sedar bahawa impian bagi setiap yang hidup pasti tidak akan tamat melainkan bertemunya kita dengan kematian.

Hanya dengan kematian melenyapkan impian setiap yang bernyawa, meskipun impian itu merupakan sesuatu yang kita sangat inginkan.

Di setiap langkah yang bernyawa, kita pasti kabur dengan helah dunia. Ke mana sahaja pasti ada yang mengekori, ada mata yang menatap gerak geri insan bernyawa. Sebaik-baik permohonan haruslah kita panjatkan kepada Allah, agar sentiasa diberi hidayah dan ketetapan Iman dalam hati sanubari.

Sekuat manapun seseorang hamba itu di hadapan seseorang yang lain, pasti punya titik kelemahan kerana setiap insan bernyawa tidak pernah sempurna. Kita hanya manusia biasa.

Tidak pula kita cepat menafsirkan segala tingkah laku orang yang hebat di mata kita, pasti mudah di bahu mereka. Kita tidak mengetahui sebesar mana ujian dan cabaran seseorang itu harus lepasi sehingga tercapai satu tindakan yang dikagumi banyak orang.

“Jangan lupa bertawakal, solat malam jangan tinggal Fikri” pesan seorang ibu yang jelas mengetahui cabaran hari ini berbeza dengan cabaran beberapa tahun yang lepas.

Perjuangan menuntut pengorbanan. Berada di lapangan mana sekalipun, jika wujud perkataan ‘perjuangan’, aspek utama yang tidak akan terlepas adalah pengorbanan. Berkorban itu mendidik jiwa sanubari untuk bersabar.

Namun, bersabar bukan dalam erti kata berhenti berusaha. Saat Rasulullah berperang dalam perang Khandak, jumlah tentera musuh teramat ramai. Berkat cadangan yang dikemukakan oleh Salman Al-Farisi itu menterjemahkan soal sabarnya para sahabat disamping terus berusaha dan memohon doa kepada Allah.

Berkat kesabaran itu, Allah sampaikan bantuan yang pelbagai buat hamba yang sentiasa mengingatiNya baik susah mahupun senang. Kemenangan milik kita!

12_108

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Yusuf 12:108

FIKRI
43650, BBB.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment