Raya 1434 & 2013

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Ilahi. Masih diberi nikmat untuk berada di atas dunia fana ini.

Semoga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, kerana tidak semua daripada kita ini 100% terbaik.

Pastinya, ada dalam diri kita ini sebahagian yang kotor & jijik yang Allah lindung atau hijab daripada pandangan orang lain. Jika aib itu dibuka Allah, maka tiada satu kebaikan pun yang mampu ditafsirkan oleh insan.

Aku, di pasca Ramadhan 1434 H ini, banyak yang difikirkan. Soal takut, gentar, malu, marah, kecewa dan sebagainya yang negatif terbuku dibenak pemikiran. Kadangkala, terdetik di hati insan yang lemah ini, kesal akan tindakan buruk yang pernah dilakukan.

Adakalanya, kita terlepas cakap, bergurau tanpa memikirkan perasaan orang lain, melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati orang lain. Kita seperti tidak sedar akan perbuatan kita itu.

Dalam pada itu, aku masih tetap bersyukur dan redha akan qada’ qadar Ilahi. Setiap percaturan yang kita rancang, pastinya di pengakhiran nanti hanya Allah sahaja yang menentukan. Sebagai hamba Allah, doa & usaha adalah metod perubahan kehidupan.

Semoga Allah Redha.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

5:30 AM
Salak Tinggi, Sepang.

Ahmad Fikri Bin Mastor
Pelajar Tahun Akhir sesi 2012/2013
Sarjana Muda Sains Biologi (genetik),
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam,
Fakulti Sains & Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
www.fatamorganakehidupan.wordpress.com


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment