Sebuah Penantian

Kehidupan

Penuh dengan debaran, biarpun fikiran kusut dengan pelbagai perkara.

Satu hari, terlelap secara tidak sengaja semasa rehat di tempat praktikal. Terjaga dengan tiba-tiba, seakan-akan terkejut akibat renjatan elektrik.

Kawan tegur, “kau ni terlalu banyak benda fikir sampai ke tidur”.

Barangkali, ada betulnya apa yang disebutkan itu. Belakangan ni aku seperti resah dan gelisah. Banyak perkara yang difikirkan.

Dalam masa yang sama, aku berasa diri ini sedang diuji dengan kata-kata yang pernah dilontarkan suatu ketika dahulu.

Benar kata orang, memberi nasihat itu sememangnya sukar. Kelak, kita juga akan diuji dengan apa yang kita katakan. Dunia ibarat roda, ada masanya kita di atas, dan ada masanya juga kita berada di bawah.

Perbezaannya, dengan ujian ini, apa pula khabar iman dan kesabaran kita? Adakah berkurang, bertambah atau sekata?

Ada seorang ustaz beritahu mengenai keberkatan. Kita akan merasai keberkatan itu apabila kita menerima sesuatu dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kita merasakan kurniaan itu terlalu banyak dan terasa tidak layak untuk memilikinya.

Ada orang, pada hujung bulan terima RM 1000++. Meskipun tanggungan yang besar perlu digalas, tetapi masih mampu tersenyum.

Ada juga orang, pada hujung bulan bukan main lagi puluhan ribu yang diterima, tetapi masih bermuram dan bermasam muka.

Walau apapun yang kita terima hari ini, perlu kita muhasabah banyak perkara. Setiap hari perlu muhasabah. Namun, sebagai manusia biasa, ada kekurangan.

Semoga aku istiqomah dalam gerakan.

Salam perjuangan!

Bdr. Baru Salak Tinggi – 11:15 PM
Ahmad Fikri Bin Mastor
Pelajar Tahun Akhir sesi 2012/2013
Sarjana Muda Sains Biologi (genetik),
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam,
Fakulti Sains & Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
www.fatamorganakehidupan.wordpress.com


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment