Dari Ladang Kepada Peminat

Kehidupan

Tidak Menang Tangan

Begitulah ungkapan yang mampu diucapkan. Seharian, dari pagi ke petang melunaskan hasrat pelanggan atau peminat Cilibangi untuk memiliki anak pokok cili sempena lebaran.

Pagi Jumaat tu agak kalut sebenarnya. Jam 8:00 pagi baru nak sediakan kuantiti anak pokok dan produk percuma Cilibangi.

Hari khamis, semua intern ditugaskan untuk menyiapkan beg kertas yang terisi dengan produk-produk Cilibangi untuk diedarkan kepada dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah institut di sekitar UKM.

Ragam Pelanggan

Penghantaran secara percuma adalah perkhidmatan yang kami tawarkan. Biarpun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di lebuhraya. Sungguh, bukan mudah dalam hal urus niaga.

Pelbagai telatah pelanggan yang sangat menceriakan hari Jumaat, tambahan pula berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, matahari tidak menghentamkan sinaran sekuat-kuatnya.

Dialog yang popular sepanjang jualan kami;

“La, ingatkan pokoknya dah besar!”

“Aik, kecik je pokoknya?”

“Kena sembur racun serangga juga? Kata tahan penyakit.”

Bukan mudah untuk berniaga. Konklusi yang dibuat oleh seorang teman sepanjang melakukan penghantaran anak pokok.

Apapun, ini adalah permulaan bagi saya yang ingin membuat kajian pokok cili ini secara lebih terperinci. Semoga Allah permudahkan urusan ku. Allahumma Amiin!

5:30 PM
Kg. Giching, Salak Tinggi.

Ahmad Fikri Bin Mastor
Pelajar Tahun Akhir sesi 2012/2013
Sarjana Muda Sains Biologi (genetik),
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam,
Fakulti Sains & Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
www.fatamorganakehidupan.wordpress.com


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment