Aku & Serotech

Kehidupan

Sebulan sudah menjalani praktikal di Serotech Sdn. Bhd. yang terkenal produk Cilibangi. Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi di sini. Dalam hati sudah pasang niat bahawa ‘aku nak tanam pokok’.

Sebelum ni, fikiran aku hanya terkongkong dalam suasana pendidikan.

“Jika tamat ijazah ni, aku nak jadi guru atau pensyarah.”

Namun, setelah berhempas pulas dalam Serotech ni, perasaan minat terhadap biak baka tu semakin meliar.

Sebelum ini, hanya teori di dalam kelas-kelas kecil. Mungkin entri kali ini agak pendek dan sudah terlambat pun sebenarnya. Bahkan, blog ni pun sudah kering dengan aktiviti penulisan dan perkongsian pendapat (bahagian ni saya huraikan dalam entri akan datang).

Cuma, nak kongsi beberapa keistimewaan tentang Cilibangi yang dikaji oleh Prof. Dr. Ahmed Mahir sepanjang 30 tahun!

Pokok cili sangat sesuai ditanam dalam iklim Malaysia. Namun, wujud beberapa masalah yang melibatkan organisma perosak, lalu menyebabkan pokok cili ini dilihat seperti membebankan petani atau pengusaha.

Hasil kajian 30 tahun tersebut, membuahkan hasil yang sangat lumayan. Memberi sinar baru, dan meluaskan peluang buat sang pencinta alam.

Pokok Cilibangi ini mampu berbuah serentak. Dalam erti kata lain, cili yang dihasilkan itu dalam kuantiti yang banyak dan serentak. Berbunga serentak, berbuah serentak dan matang serentak.

Cilibangi ini juga rintang terhadap serangan penyakit oleh virus penyebab penyakit (patogen). Tapi perlu kita akui, sebagai makhluk pasti ada kelemahan atau kecacatan. Tidak ada istilah 100% rintang dalam Biologi. Namun, saya jamin pokok Cilibangi ini sebahagian besar mampu bertahan atau mengelak daripada dijangkiti.

Baik ditanam secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran, hasil yang lumayan bakal diperoleh buat yang berjasa pada tanah.

Entri akan datang, bakal dipenuhi dengan cerita-cerita sepanjang praktikal di Serotech Sdn. Bhd. InshaAllah.

Ahmad Fikri Bin Mastor
Pelajar Tahun Akhir sesi 2012/2013
Sarjana Muda Sains Biologi (genetik),
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam,
Fakulti Sains & Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
www.fatamorganakehidupan.wordpress.com


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment