[Semangat dari Bukit Fraser]
Barangkali semua sahabat-sahabat dalam kegelisahan, memandangkan peperiksaan semester 1 bakal menjelma. Tidur malam tidak lena, mandi kekadang tak basah, makan minum tak kenyang seperti biasa.
Saya ada sedikit perkongsian untuk sahabat, sekadar celoteh pengubat letih. Penat belajar ni. Saya pasti, minggu-minggu sebelum peperiksaan, kemudahan Internet ini lah tempat pelajar meluahkan perasaan. Termasuk diri sendiri. 🙂
Apa itu DUIT?
Saya suka mencari DUIT. Setiap hari DUIT ini mampu memberikan impak yang positif dalam kehidupan saya. Motivasi diri akan sentiasa diperbaiki setiap hari, InsyaAllah.
Alangkah indahnya jika semua perkara nampak positif di mata kita setiap hari. Tiada tekanan, letih, dan sebagainya. Indah belaka.
D=Doa
U=Usaha
I=Ikhlas
T=Tawakal
Doa
Berdoa dengan bersungguh-sungguh. Jangan bertangguh lagi kan angkuh. Allah sudah pun membuka pintu untuk hamba-Nya meminta segala apa jua permohonan.
Berdoalah seumpama doa itu benar di hati. Tulus & ikhlas sebagaimana tulusnya hati sang pengemis jalanan meminta ihsan. Begitu juga kita di hadapan Allah, betapa diri ini hina. Hamba yang hina lagi dhoif.
Jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara & sahabat kita. Teman seperjuangan yang sering mendampingi kita susah dan senang.
Usaha
Usaha juga perlu kesungguhan. Meskipun diberi pelbagai taklifan, usaha untuk kejayaan akademik jangan dilupakan. Pertingkatkan motivasi dalam diri, semoga terus teguh berdiri.
Jangan pernah fikirkan kegagalan sebelum berusaha melakukan sesuatu.
Ikhlas
Lakukan dengan ikhlas. Ikhlas adalah sesuatu perkara yang subjektif. Tidak mampu dilihat dan disentuh. Namun, hasil daripada sikap keikhlasan itu dapat diterjemahkan melalui perbuatan.
“Huh~!” nada mengeluh. Kurangkan mengeluh, meskipun diri ini tidak mampu menahan kepayahan. Keluhan adalah suara yang paling dibenci Allah.
Tawakal
Akhir sekali, tawakal kepada Allah. Setelah 3 perkara di atas dilakukan, adalah dianjurkan kepada kita untuk bertawakal. Sedangkan alim ulama’ sentiasa bertawakal sebelum menyampaikan dakwah, inikan lagi kita insan biasa yang dhoif lagi hina.
Berserah segalanya kepada Allah, kerana dia maha mengetahui segalanya tentang kita.
Wallahu’alam
[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=Cb-eXKDkUIU]