Sampai Menutup Mata

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Perkongsian

Jom Study!

2 minggu lagi pertarungan di medan peperiksaan bakal tiba. Fatrah peperiksaan kian membara. Namun, jauh di sudut hati kecil, “apakah usaha yang dilakukan selama ini diterima Allah?”

“Apakah kemudiannya nanti, keputusan yang bakal diterima adalah yang diharapkan?”

Fitrah

Manusia tidak pernah berhenti menimbulkan persoalan. Kadangkala negatif, kadangkala positif. Motivasi seseorang terhadap sesuatu perkara kadangkala bergantung terhadap apa yang diyakini.

Acap kali kita dengar, “Jika kamu membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu mu”. Muslim yang cekal hatinya, pasti mengharapkan redha Allah yang utama selain pahala dan sebagainya. Mardhatillah diutamakan.

Namun, jika sesuatu pekerjaan itu tidak disertakan dengan niat yang ikhlas dan hati yang yakin bahawa “Allah pastikan menolong mu jika kau menolong agamaNya”, maka timbul pelbagai masalah. Masalah hati.

Dukacita

Keputusan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Harapan untuk mencapai kejayaan dalam setiap subjek yang di ambil kini tinggal impian. Berat melangkah saat menerima keputusan.

Pernah suatu ketika dahulu, semasa masih di bangku sekolah lagi. Sahabat saya pernah berkongsi “Allah tidak akan menimpakan sesuatu ujian tanpa menghiraukan kemampuan seseorang dalam menghadapinya.”

Setiap daripada kita pernah menghadapai kegagalan. Kegagalan tersebut mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Kegagalan pada hari ini, bukan tanda kelemahan yang sebenar. Kelemahan yang sebenar adalah sikap kita yang tidak pernah ingin berubah.

Mahu dan Perlu

Kita sentiasa berdoa agar kejayaan menjadi milik kita. Berdoa juga adalah salah satu bentuk usaha. Kuat berdoa, namun dalam hati terdetik “Banyak dah aku doa benda yang sama, tapi tak kunjung tiba harapan ku”.

Berdoa, tapi hati tidak yakin dan sabar akan pertolongan Allah. Allah Maha Mengetahui segala apa yang diperlukan hambaNya. Kita mahu sesuatu, tetapi Allah tambahkan elemen ‘perlu‘ dalam setiap permohonan kita.

Sampai Menutup Mata

Tuntut lah ilmu selagi kita mampu. Usia muda ini perlu dipenuhkan dengan elemen-elemen keilmuan. Bersedia untuk di didik untuk mendidik. Suka saya katakan “tuntutlah ilmu sehingga menutup mata”. Bidang keilmuan ini sangat luas.

Ilmu adalah modal terbaik dalam mencipta sesuatu inovasi. Sampai menutup mata!

Wallahu’alam.

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=6WCcOHJ61jw&feature=related]

 


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment