Tunjang perhubungan

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Tunjang Ukhuwah bermula dari bawah 🙂

 

Ukhuwah

Ukhuwah adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya untuk di jual beli. Ukhuwah tidak boleh di beli dengan kekayaan biarpun manusia sepakat mengumpul harta kekayaan untuk mecapai ‘ukhuwah’ tersebut.

Setiap muslim adalah bersaudara. Maka ukhuwah adalah buah dari ketakwaan  kepada Allah.

Kelebihan Berukhuwah

  1. Wajah sentiasa bersinar (Gembira + Ceria).
  2. Tidak takut dan tidak bersedih hati.
  3. Berguguran dosa sebagaimana dedaunan dari sebuah pohon kering.
  4. Mendapat perhatian daripada Allah di hari muka.
  5. Mendapatkan cinta Allah.
  6. Dapat merasakan manisnya iman.

Syarat-syarat Berukhuwah

  1. Ikhlas
  2. Iman dan takwa menjadi garis panduan.
  3. Adab Islam diutamakan.
  4. Berlandaskan prinsip saling mengingati antara satu sama lain kerana Allah.
  5. Susah senang bersama.

Cara-cara Mengeratkan Ukhuwah

  1. Meluahkan perasaan ‘cinta’ kepada saudara mu.
  2. Mendoakan saudara mu.
  3. Memberikan senyuman (wajah yang ramah dan tenang) kepada saudara mu.
  4. Berjabat tangan dengan saudara mu.
  5. Saling berkunjung untuk mengeratkan silaturrahim.
  6. Memberikan ucapan yang indah pada hari yang istimewa.
  7. Saling bertukar hadiah.
  8. Memberi segala kemampuan dalam membantu saudara mu.

Noktah!

Saya sayang sahabat-sahabat saya sebagaimana kasih dan sayangnya saya pada diri sendiri.

[Perkongsian dari Sahabat kepada Sahabat]
Dalam bergerak kerja, matlamat yang utama adalah mengejar Keredhaan Allah. Betul pahala yang kita inginkan, tetapi biar lah Mardathillah itu yang pertama. Bila dapat Mardathillah, InsyaAllah pahala juga dapat. Hati yang asalnya rasa terpaksa akan terasa nikmat keimanan pada akhirnya nanti.

Wallahualam. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment