Takutnya bukan sebarang takut, kerana takut akan bayangnya sendiri.
Semangatnya bukan sembarangan, kerana semangat tidak akan berkekalan.
Elemen tarbiyyah bukan mainan, kerana dengan tarbiyyah hati-hati akan sentiasa kuat pegangannya.
Anak muda ( ‘فتي’ ) yang disebut-sebut dalam ayat Al-quran dipetik daripada surah Al-Anbiya : 60, merupakan anak muda yang sedar jiwanya.
Anak muda yang ingin melihat sesuatu sinar perubahan, lantas membawa kepada aksi yang bukan sembarangan.
Anak muda yang tidak gentar pada sebarang ancaman musuh, kerana musuhnya itu juga makhluk Allah Azza Wa Jalla.
Prinsipnya teguh, seteguh tiang jambatan dipukul ombak.
Semoga berkat bulan Zulhijjah ini mampu memberi inspirasi lantas meniup semangat yang hilang. Allahu Rabbi~
“Al-Quran is for yourself not for your shelf“
[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=v48URZ6lATI]