Terbaik~!

Bismillah.

Pesta Konvo 39

Terbaik? Ya, sepanjang dua minggu di UKM ini, terdapat beberapa berita terbaik yang saya terima. Sebelum berbicara tentang apa yang dikatakan berita yang terbaik itu, saya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menyertai Sekretariat Pesta Konvo 39 UKM.

Pesta Konvo ini begitu bermakna bagi sesiapa yang merasakan memang suatu keperluan bagi diri sendiri dalam melatih beberapa kemahiran yang tidak didapati di dalam dewan kuliah. Medan melatih diri untuk berkomunikasi dengan pihak pentadbiran, berkomunikasi dengan pihak korporat, membuat surat, menggunakan faks, menjawab telefon, berurusan di kafe. Ini sebahagian 2 minggu yang pertama yang kami dari Sekretariat Publisiti dan Media alami.

Baca lagi