Bismillah.
Terbaik? Ya, sepanjang dua minggu di UKM ini, terdapat beberapa berita terbaik yang saya terima. Sebelum berbicara tentang apa yang dikatakan berita yang terbaik itu, saya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menyertai Sekretariat Pesta Konvo 39 UKM.
Pesta Konvo ini begitu bermakna bagi sesiapa yang merasakan memang suatu keperluan bagi diri sendiri dalam melatih beberapa kemahiran yang tidak didapati di dalam dewan kuliah. Medan melatih diri untuk berkomunikasi dengan pihak pentadbiran, berkomunikasi dengan pihak korporat, membuat surat, menggunakan faks, menjawab telefon, berurusan di kafe. Ini sebahagian 2 minggu yang pertama yang kami dari Sekretariat Publisiti dan Media alami.
Apa yang terbaik?
- Dapat makan percuma setiap hari sekali. Ok la~! Sekurang-kurangnya dapat juga menyimpan untuk simpanan akan datang.
- Dapat makan percuma ketika perjumpaan dengan pihak Awal Hijrah Enterprise.
- Pertama kali menjejakkan kaki di angkasapuri, melihat sendiri suasana bilik berita. Penuh dengan Tv.
- Sembang santai dengan deejay dari stesen Radio Muzik.Fm. Diberi penghargaan untuk menyertai meeting mereka.
- Menjadi Sekretariat Cemerlang Pesta Konvo minggu 1 Perkampungan.
- Menjadi juara pasukan futsal.
Organisasi
Kemahiran membuat keputusan juga penting dalam semua urusan. Pesta Konvo juga sebagai medan untuk kami memberi khidmat dalam meraikan abang dan kakak yang bakal bergelar graduan. Maka, adalah menjadi satu keperluan wujudnya sebuah organisasi dalam menguruskan sesuatu perkara.
Sepanjang dua minggu ini, banyak perkara/isu yang timbul. Penting juga untuk kita berlapang dada dalam mendepani masalah yang timbul. Banyak pengalaman, banyak juga ilmu baru. Tidak rugi rasanya jika kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Kelak ia juga menjadi saham kita di akhirat.
Bersambung…
Wallahu’alam.
| Matlamat | Yakin | Sabar |