Jatuh!

Kehidupan

Bismillah.

Di pagi yang hening, si anak dipanggil ibunya. Pagi ni menu sarapan sudah pun ditetapkan untuk nasi goreng. Bukan setakat itu sahaja, si anak dilantik pula menjadi chef sepanjang hari. Sepanjang hari ini! Bukan sarapan sahaja. Tak apa la, lepas ni jarang ada kat rumah. Si ibu pun sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun pelajar-pelajar kelasnya.

Bergerak ke dapur, mencari bahan mentah. Si ibu turut ke dapur, hajat hendak menjerang air dan menggoreng pisang. Walhal si ibu risau benar dengan chef baru ini. Sekali tu, si ibu berpesan kepada anaknya sambil tangannya mengelap lantai,

” ni lantainya basah, hati-hati. Nanti terjatuh pula”

Terdiam saja mulut si anak, mendengar saja arahan ibunya. Sedang  si anak ‘asyik’ memotong bawang di atas para berdekatan dengan lantai yang basah tadi, tiba-tiba “pranggg~!”, si anak toleh ke belakang. Kelihatan ibunya terjelepuk di atas lantai yang basah tadi.

mak kenapa ni mak!

Berterabur semua pisang goreng tadi bersama dengan serpihan pinggan kaca yang pecah. Tekejut dengan kejadian tu, si anak bergerak ke arah si ibu. Namun hajatnya untuk memapah si ibu bangun tidak kesampaian kerana si ibu sudah pun bangun dengan sendirinya. Kaki si anak penuh dengan serpihan kaca yang halus. Berjalan dengan keadaan kaki terjengkit dengan harapan tidak terkena serpihan kaca tadi.

Habis ktang kting kuali di ketuk, maka siap sudah semangkuk besar Nasi Goreng. Nasi goreng je pun. Tengah hari ni menunya pula Nasi Ayam.

Gambar Hiasan

Nasi Ayam.

Berkat usaha yang gigih, si anak berjaya mendalami cara-cara penyediaan Nasi Ayam daripada ibunya. Si anak tidak merasa berat tulang kerana ia adalah satu peluang baginya supaya suatu hari nanti mampu berdikari. Tidak perlu ke kedai lagi semata-mata hendak pekena nasi ayam.

Kini

Kini si anak terpaksa berjauhan dengan keluarganya, bagi memenuhi tanggungjawab yang dipikulnya. Belajar pula hal berkaitan kepimpinan. Penting! Sangat penting! kerana suatu masa nanti si anak juga bakal bergelar pemimpin. Pemimpin sebuah usrati. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


3 thoughts on “Jatuh!”

Leave a Comment