2 minggu untuk bersedia??

Kehidupan

assalamualaikum,

Saat untuk pi USA semakin berdebar-debar, adakah aku dah bersedia???…. Sekarang ni pun aku masih dalam proses membetulkan beberapa bahagian dalam thesis. Presentation pun aku rasa was-was.

Aku berusaha sekuat mungkin untuk bersedia menghadapi satu pertandingan yang terbesar yang pernah aku sertai. Bahan untuk presentation masih dalam proses pembuatan, harap-harap semua berakhir dengan penghabisan yang baik. Insya-ALLAH.

Pada masa yang sama, aku tertekan dengan macam-macam study field, aku sekarang dah dapat tawaran masuk matrik, lepas tu dapat pulak untuk ke mesir, tapi yang mesir tu kene guna duit sendiri, masuk tahun ke-dua baru boleh dapat tajaan. aku mana ada duit, banyak oww belanja di sana…

Hari jumaat ni, bersamaan 1 mei 2009, keputusan upu aka kemasukan ke universiti bagi lepasan SPM akan diketahui. Perancangan aku kalau rezeki aku dapat upu tu nanti, aku akan terus ke sana, tapi kalu sebaliknya, matrix la jawabnya.

Insya-ALLAH, walau di mana kita berada sekalipun, kalau kita berusaha, kita akan berjaya. Perkara ini semua sudah sedia maklum, tapi macam tiada kesan langsung. Aku pun sama jgak, sudah tahu, tapi buat-buat tidak tahu… harhar… Kebanyakan pendapat dari senior mengatakan bahawa matrik ini sukar, dan aku setuju kerna dengan sistem belajar yang cukup padat, hanya orang yang betul2 serius sahaja mampu mencapai keputusan yang cemerlang disana. Aku dah bersedia dengan segala kelengkapan pembelajaran aku di sana, dan berharap dengan formula yang aku sediakan ini mampu melonjakkan aku untuk mencapai cita2 aku nanti. Insya-ALLAH.

Kebetulan pulak, hari mendaftar ke matrikulasi jatuh pada hari aku berada di USA, huk3, nampaknye parents aku saja la yang datang mendaftar nanti, ha! lupa nak kabor, aku dapat matrikulasi di Kolej MARA Kulim, tempat yang sama saja aku dapat. Siapa2 yang dapat tempat yang sama dengan aku, ranger2 yeh, komen post atau pun ym saja: infecthird@yahoo.com.my

kenangan semasa grand dinner F5 2008
kenangan semasa grand dinner F5 2008

Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment