udah lama tidak update

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

huh, penat sungguh, dalam sebulan ni macam2 yang ak dah buat, sampai blog pun ak lupa nak update….
aku dah jdi biasa dgn benda2 macam ni, ak asyik ulang alik, sepang-kulim….

Memang tak dapat dinafikan, rasa boring yang amat…. hehe… tpi nk buat macam mana en, sudah terpilih antara yg terbaik, tepaksa la aku laksanakan dengan sehabis baik, haha, teringat pulak slogan pengakap; “buat habis baik”….

Lagi satu, mesti ade yang tertanya2 ape yang aku buat sampai bz gitu, untuk pengetahuan semua yang menyempit di blog ni, aku akan menyertai satu pertandingan Intel ISEF pada 10-15 may 2009…. venue pertandingan tersebut ialah di Reno, Nevada, USA…. pertandingan ni sangat2 dikenali dalam kalangan pelajar2 SBP n MRSM….
nak dikatakan ak ni best student, xde la sangat… standard dengan bdk2 biasa saja…. tapi tu la, asal je event besar2 macam ni, orang lain ingat aku ni ‘best student’.

Sejak awal tahun 2009 lagi aku sibuk dengan projek ni, saat mentari 1 januari muncul, aku sudah merasa gerun n serba tak kena…. ye la, aku ni bukannya ‘teror’ sangat… rasa gelisah dengan kemampuan diri aku….
sering kali ak bermonolog; “mampukah aku??”….

Masa aku still bergelar sbg pelajar mrsm lg, macam2 request dari geng satu batch aku, mintak macam2 ar, sedangkan masa tu, ak tak da feel langsung nak pi oversea…. actually, projek yang aku bwat tu asalnya berkumpulan, tetapi MARA memilih projek ak sebagai projek individu, saat tu aku rasa; “argh!! lepas ni aku nak tarik diri ar, aku pass kat acap je”…. mmber yang bwat projek same2 dgn aku tu, nme dye asyraf mohd nor, aku panggil dye acap la, memang sinonim pun dengan perangai dye… hehe… sori acap….

ini lah acap...
ini lah acap...

- Iklan -

Malangnya, cikgu memilih aku untuk menyambung projek tersebut, adoi!!… aku baru rasa nak relax… tpi tak pe, aku fikir banyak2 kali, macam2 yang aku dapat dari bulan 1 smpai la bulan 4….. perjalanan hidup aku sepanjang 4 bulan ni rasa macam ketat dan rumit… sepanjang aku berada di maktab, aku asyik lepak dalam lab fizik je, kadang2 sembang dengan abang makmal n cg anuar merupakan perkara yang paling buat aku rasa geli hati n rasa tak boleh tahan lagi rasa nk gelak yang amat… sampai bila-bila aku tak kan lupa saat manis itu. hehe… part cg anuar n cg jafni duk sembang pasal kereta proton yg baru tu, Exora… haha… sampai sekarang aku rasa nak tegelak lagi…

story dye macam ni, kereta proton exora tu baru je launch malam sebelum diorang sembang pasal kereta tu, cg anuar pun kata ar; “kalau bumper depan Exora tu bentuk curve, awal2 aku dah tempah…..[cg anuar tak suka bumper yg tajam, xcantik bg dye], cg jafni pulak kata;” aku tak setuju part engine ja, 1.6 liter, larat ka kereta tu, pastu pakai timing belt, sepatutnya kereta besar macam tu pakai timing chain”…[lebih kurang gitu la dialognya]… pastu abg makmal(abg zaidi) kata; ” ada ka duit nak beli??”… haha…. sume dok bahas dengan opinion masing2, sepanjang hidup aku, ak tak pernah nampak cg2 mrsm especially lelaki dok berdebat… rasa syok pulak dengar diorang berdebat…. haha…. kira ni la kenangan paling indah sepanjang aku duk kat mrsm pdrm… aku rasa makin kamcing plak dgn cg anuar.. hehe….

Top Secret Room... hehe
Top Secret Room... hehe
Cg Jafni in Adib's car
Cg Jafni try drive kereta adib

Gambar kat atas tu diambil oleh aku sendiri pada hari keluarnya keputusan SPM 2008. Kadang2 aku rasa seronok bila dapat duduk sama2 dan lepak sama2 cg anuar, cg jafni, abg zaidi(abg makmal) n abg wan(abg makmal). Kalu masa bergurau memang lawak, sampai ak rasa tak abih2 nak gelak. Tapi inilah dinamakan pengalaman manis aku, sepanjang hidup aku sebagai pelajar, cg2 kat mrsm lah yang mengajar aku untuk menjadi pemimpin, menjadi orang yang berguna yang bukan saja taat kepada ibu bapa malah kepada agamanya serta mengajar aku untuk menghormati orang lain dengan kata lain menjaga habluminallah dan menjaga habluminannas.

Pn. Padzilah(pengetua) dan Cg Nik Sobariah(cg +math ku)
Pn. Padzilah(pengetua) dan Cg Nik Sobariah(cg +math ku)

TERIMA KASIH CIKGU

4 Replies to “udah lama tidak update”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *