Android satu mimpi yang indah

Kehidupan

Selaras dengan perubahan aliran masa, berderau darah anak muda untuk turut berubah. Perubahan yang telah dilakukan satu perubahan yang drastik.

Pelbagai alasan dicipta hanya kerana 1 gadjet. Maka, sebanyak mana usaha dilakukan untuk menahan alasan tersebut tetap berlaku perubahan pendirian sebelum ini.

Dahulu, kita sangat teruja dengan telefon yang mampu disentuh di skrin. Khidmat pesanan ringkas mampu ditaip dengan hanya menggunakan sentuhan sahaja, tanpa perlu menekan punat atau kekunci telefon.

Pergerakan tangan ligat menyentuh skrin, tiada lagi bunyi punat ditekan. Pada permulaan, dilihat agak kekok sambil diperhatikan oleh sahabat terdekat. Dilabel dengan pelbagai kata-kata, namun sedikit pun tidak berbekas di hati.

Gara-gara minat yang terlalu mendalam terhadap teknologi, segalanya digagahkan. Persepsi segera dipatahkan. Kadangkala, saat sengang telefon dipegang.

Skrin di buka kekuncinya.

Melihat skrin. Hmm~ Tiada pesanan yang masuk.

Dikias-kias ke kiri. Sudah puas ke kiri, ke kanan pula dikiaskan. Sengaja menghabiskan bateri tanpa tujuan yang munasabah.

Kini, segalanya tidak begitu. Tiada lagi skrin yang mampu disentuh. Tiada lagi aplikasi yang perlu digunakan dengan platform sentuhan. Tiada lagi saat menghabiskan bateri tanpa tujuan.

Perubahan kembali ke takuk yang lama, menaip pesanan menggunakan platform punat-punat yang timbul di badan telefon bimbit. Kembali mendengar irama punat kekunci. Tujuan dan matlamat lebih utama, kemudahan harus digunakan sebaik mungkin.

OBSES

Saya bukan seseorang yang boleh digelapkan mata dengan teknologi yang canggih sekelip mata. Mungkin tindakan saya ini mengalahkan golongan profesional, hatta dilihat sebagai seseorang sudah mempunyai kewangan yang kukuh.

Namun, perubahan ini bukan sesuatu yang mudah untuk diputuskan. Kajian dan pengamatan yang mendalam telah dilakukan.

Saya seperti terpukul dengan teori yang dipelajari di kelas Genetik Kuantitaif. Genotypic frequency tidak boleh dipindahkan, hanya gene yang dipindahkan.

Segala aspek luaran yang dilihat atau phenotype mampu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Hal ini berkait rapat dengan faktor campuran antara faktor gene  dan faktor persekitaran.

Hasil perubahan yang dilakukan

Dalam masa seminggu sahaja, di dalam rumah yang saya sewa bersama sahabat saya ini menghasilkan gelombang perubahan yang tidak disangka-sangka. Sahabat-sahabat saya turut bersama melakukan perubahan ini.

Semoga perubahan ini tidak menghasilkan tanda merah di skala bateri tanpa tujuan. Sebaliknya memberi kemudahan dalam berinteraksi dan perolehan maklumat. InsyaAllah.  🙂

Kepuasan dalam bekerja

Hanya sekeping gambar

Meskipun jarang untuk saya fokus di medium Fatamorgana Kehidupan, satu kepuasan untuk melaksanakan sesuatu yang kita minati. Blog ini saya kira sudah mencecah hampir 4 tahun.

Dalam pada itu, julat 4 tahun pelbagai perubahan berlaku. Masa, tempat, suasana dan sebagainya.

Dulu, kini dan selamanya, saya tetap menjadi seorang jurugambar. Jurugambar kepada keluarga, persatuan, harakah Islam.

Meskipun tidak pakar, namun melihat akan keriangan seseorang dalam gambar, perasaan gembira itu sukar dijelaskan melalui kata-kata. Seakan-akan gambar itu mempunyai ‘nyawa’.

Jika boleh diberikan perumpamaan, maka pilihan saya adalah merujuk kepada keriangan sang lebah. Keriangan ketika menemui pelbagai jenis bunga yang mempunyai pelbagai bau, pati, dan warna.

Biarpun diletakkan di posisi mana sekalipun, kita pasti gembira jika sesuatu yang kita lakukan itu dilandaskan dengan niat suci dan murni.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment