Rezeki Pacat dan Manusia

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Telahan orang, tiada siapa pun yang mampu menangkis perkara tersebut. Persepsi demi persepsi menimpa diri. Saya bukan seseorang yang ahli dalam bidang motivasi, apatah lagi dalam memberi keyakinan kepada orang lain bahawa saya ini orang yang bermotivasi.

Alhamdulillah, hari ni sempat juga menekan setiap butang di papan kekunci. Menaip dengan penuh teliti dan aman. Syukur juga ke hadrat Ilahi, suasana tengah hari pada hari ini (22 Mac 2012) sungguh tenang. Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Hujan yang diturunkan Allah ini memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang gelisah.

Jiwa rundum, resah gelisah?

Bertanyalah kepada sesiapapun, setiap hari tidak akan lepas daripada tanggungjawab dan masalah. Menarik sungguh bahasa Melayu, kata ‘tanggungjawab’ jika dilihat secara teliti membawa aksi yang sangat berat. Sudah la diri ini menanggung, perlu pula untuk menjawab segala apa yang dibebankan.

Bertanya juga kepada sesiapapun, pasti tiada seorang yang inginkan diri diberi tanggungjawab. Tanggungjawab yang diberikan ini seolah-olah hanya mampu disandang oleh kita. Tiada orang lain yang mampu untuk melaksanakan agenda tersebut.

“Ana tidak layak!”

“Nak tunggu nta layak, siapa lagi yang berhak dan layak?”

Hari ini kita melihat suasana yang berbeza dengan keadaan 10 hingga 20 tahun yang lepas. Pernah diterbitkan kata-kata oleh seorang pensyarah saya,

“Saya tidak tahu bagaimana nasib generasi akan datang, melihat akan keadaan kamu semua ini. Hendak mengira pun masih terkial –kial menggunakan kalkulator, jalan pengiraan ini terlalu mudah. Congak sahaja pun boleh selesai.”

Saat kata-kata ini diucapkan saya tidak melihat bahawa apa yang diucapkan oleh pensyarah ini sebagai satu bebelan. Namun, saya melihat ucapan ini sebagai satu lontaran kepada generasi muda sebaya saya. Sejauh mana pendekatan dan kekuatan yang ada dalam diri untuk mendepani ancaman pemikiran dan global di masa depan.

Apakah nasib anak muda, di kala generasi sebaya saya ini sudahpun berkahwin dan hidup bersama anak-anak. Mungkin ini persepsi saya, terpulang dari sudut pandangan mana kalian pilih untuk menilai.

Hakikat kehidupan, ibarat putaran roda. Puas sudah kita dengar ungkapan ini. Sudah gatal telinga dan lali untuk mendengar ungkapan tersebut. Tidak dapat tidak, hakikat tetap hakikat. Kita hidup pada hari ini adalah hasil tanaman dan usaha orang terdahulu.

Jika ingin dibandingkan pendekatan orang terdahulu dengan sekarang, sangat jauh perbezaannya. Perbezaan dari sudut kemudahan, kelengkapan, teknologi dan sebagainya. Selaras dengan peningkatan teknologi yang giat meningkat, saya khuatir dengan teknologi ini melemahkan semangat juang para pemuda.

Melemahkan semangat untuk berjuang

Tidak pula saya menyalahkan teknologi dan usaha orang terdahulu yang berhempas pulas untuk melihat generasi muda sekarang berjaya. Saya sangat bersyukur dan menghormati beberapa tokoh yang menyumbang pembinaan negara Malaysia ini. Usah dibentang statistik, kita sebagai rakyat Malaysia mampu menilai keadaan di negara sendiri.

Kebanjiran pelbagai kemudahan, menghakis semangat untuk mencapai sesuatu, dalam erti kata mudah ‘berusaha’. Perkataan berusaha ini pula yang paling melucukan kerap diucap sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

All the best!

Chaiyok!

Selepas ini mungkin kita boleh luaskan skop pemikiran, bahawa istilah berusaha ini bukan diguna pakai semata-mata tunjuan menghadapi peperiksaan. Ada sedikit cerita yang ingin saya kongsikan, berkaitan usaha dan rezeki.

Noktah

Beberapa bulan yang lepas, saya berpeluang menyertai satu trip perkhemahan. Sepanjang perjalanan ini, saya berpeluang mengenali dan mempelajari sesuatu.

Ada rakan-rakan yang mengadu, ketika sedang merentas denai-denai hutan kaki dinaiki oleh hidupan seperti pacat. Saya pasti pacat bukanlah sesuatu yang digemari oleh seseorang yang tidak biasa dengan hutan dan mungkin boleh dikira berapa kali masuk ke hutan.

Hatta, jika diberitahu pada awal perjalanan bahawa wujudnya pacat, orang yang tidak pernah melihat pacat pun pasti mencari sarung kaki yang panjang. Reaksi spontan yang menunjukkan bahawa kita begitu geli dan tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Bagi yang pernah merasai pengalaman tersebut, pasti hati berbolak balik untuk meneruskan perjalanan. Masakan tidak, apabila melihat darah yang pernah mengalir tanpa henti dan kaedah pergerakan pacat yang memanjang dan mengecut mampu memberi impak dalam diri “Ah! Sudah~”

Maka, sahabat saya ini melihat pada sudut rezeki. Konteks yang dimana orang lain pasti tidak terfikir antara rezeki pacat dan manusia. Jika difikirkan secara logik akal, berapa kali sahaja manusia keluar masuk ke hutan berbanding dengan jumlah pacat yang wujud di dalam hutan tersebut. Maka, berapa kali sahaja pacat ini mampu menyedut darah segar manusia.

Saya juga berulang kali memikir, betul juga. Jika bukan darah, apa lagi yang pacat mampu temui di dalam hutan untuk dijadikan sumber makanan. Dalam kesejukan denai hutan, kerinagan cengkerik berbunyi dan alunan melodi sungai, sahabat saya ini berkongsi satu ayat dalam Juz 12 Al-Quran, surah Hud:6.

Allah telah berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran;

A006

Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (lauh Mahfuz)

Surah Hud : 6

Maka, setiap hidupan ini telah pun dijamin oleh Allah rezekinya, dan bukan di tangan kerajaan-kerajaan, menteri-menteri, dan sebagainya. Perkara pokok yang perlu jelas dalam fikiran kita sekarang adalah berusaha!


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment