Hari Raya Aidiladha

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

27 Nov 2009
Semalam adalah hari raya aidiladha, saya solat sunat hari raya di Masjid Sultan Hishamuddin, Sepang. Bersebelahan dengan rumah yang saya duduki sekarang. Selepas solat raya dan sarapan, kami sekeluarga terus bertolak ke kampung. Jarang ada kesempatan nak pulang ke kampung. Lagipun sekarang adalah cuti, tak salah kalau luangkan masa dengan keluarga. Sampai rumah embah dalam pukul 2.30 petang. Lepas asar kami pun pi ziarah keluarga sebelah mak, sampai ke malam juga la. Dari petang tu, ada saja cerita yang disembangkan,maklumlah jarang ada masa nak berjumpa dengan sanak-saudara. Kalau balik kampung pun, jarang dapat berjumpa sebabnya bila kita balik, depa tak balik. Cuti hari raya adalah satu masa yang sesuai untuk ‘gathering’.
Petang tu, mula-mula pi umah pakde talha, dapat jumpa kak ainon dan abang halim. Macam biasa la, adat orang ambil periksa, mesti yang ingin tahu keputusan peperiksaan tersebut kan. Itulah yang berlaku kepada adik(Taufiq Ridwan)ku. Beliau mendapat 4A 1B dalam UPSR dan pada masa yang sama mendapat Mumtaz dalam PSRA. Pertama kali saya mendengar suara mak yang begitu gembira+excited+bangga masa menyampaikan berita tersebut kepada saya minggu lepas.

Macam-macam cerita yang agak tak sedap didengar, apabila topik doktor pelatih dibuka. Masing-masing rasa tak senang dengan doktor pelatih. Sampaikan mak bertanya kepada saya, “ada lagi ke semangat nye tu?”….saya menjawab: “ada lagi”….tapi dalam hati, rasa macam-macam. Tapi hajat ku untuk menjadi seorang cardiologist bukan semata-mata untuk menambah pitih atau mengejar populariti. Tetapi minat yang mendalam sejak di bangku sekolah rendah lagi, membuatkan semangat ku ingin mengejar cita-cita ku ini menjadi semakin meluap. Tambahan pula dengan keputusan yang baru ku dapati dalam peperiksaan PSPM 1. Keputusan peperiksaan tersebut, menyakinkan lagi keputusan ku untuk memilih profesion perubatan ini.

Apa yang mampu saya lakukan sekarang adalah berusaha+berdoa+bertawakal agar segala apa yang dirancang selama ini diredhai oleh yang Maha Esa. Segala komen dari orang lain mengenai profesion tersebut, akan saya jadikan sebagai kritikan yang membina semangat saya, dan bukannya bertindak sebagai agen peluntur. InsyaAllah.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment