hayya ‘alassolaah

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

hayya ‘alassolaah…

salam
http:​/​/​farah195.​blogspot.​com

bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih
selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
lalu dilaksanakanlah​ solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu salam
berserta fatihah, selawat dan doa
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
iringilah dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke pusara
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan Izrail yang menakutkan
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal, bukan yang pergi
beristighfarlah​ kamu sebelum kamu diistighfarkan
namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

ingatlah di mana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan
justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruanNya
sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah, ayam tak petok itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
jalan kemenangan akhirat dan dunia
ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan
guna kembali ke pangkuan Tuhan

pada hari itu tiada berguna
harta, takhta dan putera
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment