7-8 January 2010
Hari balik kampung. Buat pertama kali guna perkhidmatan kereta api untuk balik kampung dari utara ke selatan. Mungkin lepas ni, kereta api menjadi kenderaan utama aku untuk turun ke selatan dari utara. Tinggal berapa bulan sahaja nak tamat program matrrikulasi ni. Kiranya, untuk pertama dan terakhir kalinya menaiki kereta api untuk pulang ke kampung kalau berdasarkan kalendar matrikulasi.
Pagi 7 jan 2010, ada program konferensi waris. Mak dan Bapak tak dapat hadir, jadi terpaksa ikut program bersama konselor di dewan besar. Macam-macam program, games yang dilakukan. Ada konselor pelatih yang membuat praktikal di Kolej MARA Kulim ni. Terdapat 2 orang konselor yang terlibat dengan praktikal di KMK ni selama 5 bulan.
Macam-macam yang aku fikirkan semasa dalam tren tu. Aku cukup terasa dengan pemergian beberapa orang yang aku rasa amat penting di KMKulim. 2 orang classmate yang keluar untuk tawaran SPA dan seorang guru yang aku hormati, kasihi kerana selain merangkap sebagai guru subjek kimia untuk kuliah aku, beliau juga merupakan aku anggap sebagai seorang ibu di KMKulim(mentor-mentee).
Beliau mendapat tawaran berpindah ke MRSM Kuala Terengganu. Lagipun, menurut khabar dari lectures dan seniors, dah lama Cg Mariam mohon untuk pindah, tapi baru sekarang diluluskan. Tapi, kita sebagai seorang manusia, muslim, pelajar, seharusnya memikirkan terdapatnya hikmah disebalik apa yang berlaku. Terubat sikit lah hati ni, bila dengar cg mariam wish luck untuk UPS 2 hari tu.
assalamu’alaikum sdareku~ 😉
haa.. kabare? waras ya? sudah ku bace blogmu..
hurm.. La Tahzan~ setiap pertemuan pasti berlaku perpisahan..
k! semangat tau! >.<
wasalam 'alaik.
waalaikumsalam…waras2 alhamdulillah…
semangat sedang pulih…insyaAllah
tiket blek sel bape? ade kt plajar en.. tol x? tron kt neh ek?
a’ah…tp kene dftr dulu….ade kad khas utk pljr….
kalu xsilap 50% less….slalo blik dlm 20 hinggit…kalu 50%
10 hinggit je…bukak link ni….
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100106000018/Article/
lg satu…..turun samada kt stesen kuala lumpur @ kl sentral…
ikut keadaan kot…tp ari tu turun kt kl sentral(mid-sem2)…