Sebuah Generasi

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Belia adalah aset atau khazanah yang amat bernilai. Mereka adalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan yang sedia ada. Umumnya, generasi belia ini merujuk kepada mereka yang berusia antara 15-40 tahun. Generasi Belia turut dikaitkan dengan Generasi Ulul-Albab. Apabila ramuan Generasi Belia dan Generasi Ulul-Albab ini dicampur dan digaul bersama, maka terbentuk sebuah generasi yang merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran yang sempurna, berilmu dan kreatif serta berupaya menyelamatkan dirinya dari pengaruh maksiat dan menjadi catalyst yang mengalakkan orang lain turut serta mengikutinya. Itulah Generasi Belia Ulul-Albab.

Dugaan dunia kini amat mencabar. Kesukaran ibubapa dalam mendidik anak-anak untuk bangkit subuh, lagikan solat berjemaah. Jika diamati, kebanyakan jemaah yang berada di masjid adalah terdiri daripada orang yang berusia yakni orang-orang tua yang seusia atuk dan opah kita. Dimanakah belia-belia Ulul-Albab kita? Dimanakah mereka? Apa yang mereka lakukan sekarang?

Sultan muda

Sebagai contoh kepada generasi belia adalah seperti, Sultan Mohammad Al-Fatih yang berjaya menakluk Kota Konstantinople daripada pemerintah Rome. Begitu muda bergelar Sultan di usia 21 tahun, malahan berjaya menawan semula kota tersebut lalu menghidupkan nur dakwah di sana.

Antara kata-kata keramat baginda adalah:

“Wahai tenteraku, Aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutlah aku.”

Semangat begini amat sukar dicari dalam diri remaja-remaja kita. Akibat di basuh dengan pelbagai permainan musuh-musuh Islam. Dan terdapat kata-kata seperti “jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara, maka lihatlah bagaimana gaya golongan mudanya.”

Bila dikaji mengenai rahsia kejayaan adalah kebijaksanaan, kepintaran dan kreatif nya pemikiran seorang pemimpin.

pengalaman

Kekadang, terdapat juga kaum tua yang memperlekeh kemampuan golongan muda kini. Jika soal siapa yang makan garam dahulu menjadi persoalan, sampai bila-bila golongan muda ini tidak akan berjaya. Sebaliknya, daripada mengaji buku biologi seperti campbell yang setebal beribu halaman itu belum tentu dapat mempelajari sebahagian ilmu yang memerlukan “amali”.

Tidak semua ilmu boleh didapati daripada sumber bacaan, kerana terdapat sebahagian ilmu yang memerlukan kita berguru dengan masa dan pengorbanan atau dalam erti kata lain PENGALAMAN.

Ya, remaja kita memerlukan pengalaman dalam menguruskan sesuatu sebagai contoh menguruskan sesebuah organisasi. Solat berjemaah juga turut dikategorikan sebagai organisasi; ada imam ada makmum.Keluarga, usrah juga merupakan sebuah organisasi. Belakangan ini, kita kerap baca di dada akhbar, sebagai contoh di ruangan kolumnis, pelbagai berita penceraian berlaku dalam kalangan orang muda. Apakah kaitannya dengan kekurangan pengalaman? Adakah kurang ilmu memasak? atau sebagainya, sama-sama kita fikirkannya. 🙂

Jadi, dalam membentuk Generasi Ulul-Albab ini, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi oleh Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah S.W.T. :

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang hidup sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T.
  3. Orang yang mengingati Allah S.W.T. ketika bersendirian lalu menitis air matanya.
  4. Orang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu teringat kepada masjid).
  5. Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah S.W.T. semata-mata.
  6. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah S.W.T.
  7. Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.

Akhir kata, setiap pihak perlu bekerjasama. Golongan muda mahupun tua, masing-masing mempunyai peranan penting. Sharing is caring. Belia memerlukan pelbagai ilmu berbentuk pengalaman. nasihat untuk diri saya juga :). Berjuang bersama pena.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment