Burger Bakor!

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Hobi yang paling saya suka lakukan adalah menunggang motorsikal sendirian. Pelik? Mungkin juga salah satu ‘usaha’ untuk menyingkirkan elemen negatif, siapa sangka?

Bila balik rumah, cerita hobi ‘baru’ ini, siap kena syarah dengan orang tua. Risau dengan keselamatan, zaman sekarang bukan orang perempuan sahaja jadi mangsa jenayah, lelaki tidak berkecuali.

Suatu malam yang ditemani hujan gerimis, perut mulai rasa ‘riang’.

Getus hati, “Perut lapar, tapi hujan macam tiada tanda nak berhenti”.

Tiba-tiba, bunyi pintu menguak.

“Fikri, jom makan burger bakor!” kata syafiq, maklumlah sejak berpindah ke Perak Darul Ridzuan ni pelat terus bertukar.

Sengaja menunggu mereka (MPP PMUKM) tamat berprogram. Jadi penunggu sebentar di bilik PMUKM, niat untuk makan bersama.

“Jom!” pantas sahaja disambut, tiada bangkangan.

“Hujan lagi tak kat luar?” tambah aku lagi.

“Tak,  baru berhenti” kata Syafiq sambil menguis koceknya mencari kunci bilik PMUKM. Kelihatan kunci yang masih baru disatukan dengan kunci keretanya.

WKR, nombor plat keramat. Banyak berkhidmat buat sang pejuang, sedih melihat keadaan WKR baru-baru ini yang dilanggar sebuah kereta. Pemandu mabuk semakin banyak di sekitar Bangi Bandar Berilmu.

“Fikri, jom lah naik kereta sekali” ujar Syafiq.

“Aku nak naik motor, lagipun nanti boleh balik rumah sewa terus. Mudah sikit, tak perlu nak ulang alik ke UKM” sambil mengemaskan ikatan topi keledar Index putih kesayangan. Dulu pernah ada helmet yang warna yang sama, tetapi tidak tahan lama akibat terlibat dengan kemalangan beberapa bulan yang lepas.

“Ok lah, kita jumpa kat sana nanti” balas Syafiq bersahaja.

***

Bermula pengembaraan ke kedai burger bakar.

Dalam kesejukan malam, tiba-tiba…

bersambung minggu hadapan


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment