https://fatamorganakehidupan.wordpress.com
Kekadang rasa kekok dengan pengunaan saya/aku dalam penulisan di blog. Mana satu yang harus digunakan untuk kata ganti nama diri ini. Guna saya rasa macam melanggar rule, tak guna rasa macam pelik pula. Kebanyakan blog yang telah ‘saya’ rujuk, penulisan ‘saya’ ditekankan. Pelik juga, isu saya/aku dinaikkan di blog ini. Bukan apa, cuma kalau salah penggunaan boleh mengundang rasa yang kurang enak dari pihak pembaca.
Post pertama
Di kesempatan ini, saya ingin merasmikan penggunaan ‘saya’ dan ‘aku’ dalam penulisan entri-entri seterusnya di blog ini. Penggunaan saya/aku dalam entri seterusnya bergantung kepada beberapa faktor. Mungkin pelik pada bunyinya. Biasa la, beginner baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ini. Entri seterusnya mungkin menggabungkan unsur pengalaman hidup, ideologi, mahupun cebisan-cebisan pendapat dari beberapa blogger yang saya admire.
Dari semasa ke semasa, akan saya usahakan untuk menulis dalam English. Tapi buat masa ini, saya perlu perbetulkan beberapa kesilapan kecil yang biasa saya lakukan. Ini lah padahnya malas mengaji English masa zaman di bangku sekolah. Kesedaran mula timbul apabila semangat saya ini dibakar oleh Bonda saya di Kolej MARA Kulim; Ms. Khairiah Abdullah mengenai kepentingan penggunaan English dalam kehidupan; lagi-lagi dalam zaman globalisasi ini. Terima kasih bonda, tanpa nasihat dan tunjuk ajar bonda, entah bila hati ini akan terbuka untuk memperbaiki tahap English.
Sebuah Pertemuan
Sejak akhir-akhir ni, laman Saifulislam.com menjadi pilihan saya. Dari situ, saya mempelbagaikan penulisan saya yang sebelum ini berpandukan pada senior saya, abg leokid.
Apa yang pasti, pengalaman sebagai seorang pelajar pra-universiti merupakan pengalaman yang paling indah sepanjang saya menghirup udara di bumi milik Allah ini. Maha Suci Allah, sesungguhnya kami berhimpun kerana Engkau Ya Allah, dan kami berpisah juga kerana Engkau Ya Allah. Peliharalah hati-hati ini dengan perlindungan dari rahmat dan redha Engkau; Ya Rahman Ya Rahim.