Bismillah.
Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan rahmat dan nikmatnya hari ini. Alhamdulillah. Tenang rasanya walaupun sepanjang minggu ini kesibukan melanda. Pesta Konvokesyen ke-39, Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dan perkuliahan. Hak badan sendiri telah dinafikan, dipaksa melakukan pelbagai perkara. Suasana perkuliahan telah pun bermula. Harapnya momentum pembelajaran tidak terganggu, motivasi diri perlu dikemaskini setiap hari.
Selamat Datang Pelajar Tahun 1 2011/2012
Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Datang kepada Pelajar Tahun 1 2011/2012. Semoga terus berusaha menuntut ilmu. Jadikan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi sebagai gudang ilmu pengetahuan. Bidang ilmu ini sangat luas. Disini turut disertakan lampiran Panduan pembelajaran dari Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
Tumbuhan
Daripada En. Wikipedia, ensiklopedia bebas mengatakan;
Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya organisma yang menjalankan fotosistesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.
Tumbuhan memerlukan sesuatu untuk meneruskan agenda kehidupannya. Malah dari sudut perkembangannya, tumbuhan memerlukan penjagaan yang teliti dan rapi. Perlu dibaja, disiram, dibelai dan sebagainya. Kitaran hormonnya perlu dijaga supaya mempengaruhi pertumbuhannya. Sekilas pandang kelihatan rumit perjalanannya. Belum masuk lagi cerita fisiologi tumbuhan. Proses ataupun fungsi yang ada pada tumbuhan. Sangat unik.
Manusia
Menurut En. Wikipedia, ensiklopedia bebas;
Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain.
Kita adalah manusia. Pelbagai ragam manusia kita hadapi setiap hari. Dalam tempoh perkembangan/pertumbuhan dari bayi kepada remaja, dari remaja kepada dewasa sehingga mencapai pangkat usia emas, polar kehidupan manusia dipengaruhi dengan keadaan sekelilingnya. Jika persekitaran perumahan yang baik, maka baik juga hasilnya. Begitu juga sebaliknya.
Manusia vs Tumbuhan
Manusia dan tumbuhan tidak dapat dipisahkan. Dengan tumbuhan kita mendapat sumber makanan. Dengan tumbuhan kita mendapat bekalan oksigen. Timbal balik dari manusia pula adalah karbon dioksida. Terlalu rumit pula untuk mendedahkan timbal balik.
Pendek kata… Analogi yang ingin didedahkan antara manusia dan tumbuhan, kitaran kehidupan manusia dan tumbuhan hampir sama. Pokok yang baik, apabila dijaga dengan teliti dan rapi, hasil tuaiannya juga baik. Malah memuaskan hati. Pelbagai aspek dijaga, penjagaan baja, penjagaan siramannya. Kesabaran yang tinggi diperlukan kerana bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Begitu juga manusia, apabila dijaga dengan baik, maka baik la hasilnya.
Sabda Rasulullah :
Setiap bayi yang lahir itu dalam keadaan fitrah ( beragama Islam). Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapanya samada ingin menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi
Hadis riwayat Bukhari
Sekarang
Persekitaran yang kurang kondusif, kondusif ini bukan bermaksud tidak cukup asas binaan bangunan atau landscape tetapi kurangnya dari segi pentarbiyahan diri. Mendidik anak kecil pun bukan mudah, banyak kerenah yang perlu dihadapi. Walaubagaimanapun, peringkat kanak-kanak adalah peringkat mendidik/membentuk sahsiah diri. Mudah kerana jiwanya masih suci laksana kain putih seperti sabda Rasulullah. Namun, apabila sudah dewasa proses membentuk itu sangat liat. Kebiasaan yang salah tidak dibetulkan. Maka timbul kata-kata;
Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa.
Jika tumbuhan disiram dengan sebotol racun, tidak dibaja, tidak disiram, maka dalam beberapa hari pokok tersebut besar kemungkinannya akan mati. Bermula dengan kuningnya warna daun sehingga mereput batangnya. Hati manusia juga mati disebabkan lemas dalam arus hiburan yang melampau. Tiada batasan. Segalanya sangat mudah didapati meskipun kerajaan melaksanakan pelbagai kempen. Persekitaran yang sedia ada tidak memberi impak positif dalam perubahan yang terbaik dalam kehidupan manusia.
Minda anak muda diracun dengan pelbagai agen hiburan melampau. Benih yang baru dilahirkan disemai dengan pelbagai perkara yang tidak bertepatan dengan usianya. Kecil-kecil lagi sudah pandai melawan, maka sibuklah ibubapa mencari makanan apa yang telah mereka berikan kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, timbul pula penyakit gejala sosial seperti lahirnya anak luar nikah, mangsa simbahan asid, gadis dirogol, penagih dadah, dan sebagainya.
Penyelesaian?
Usaha mencari jalan penyelesaian ini bukan baru sahaja digembar-gemburkan khabarnya, tetapi sudah berpuluh-puluh tahun. Kadang-kadang, dalam soalan Karangan PMR/SPM turut membicarakan perkara yang sama. Menulis sepanjang-panjangnya solusi yang bakal di lakukan. Namun, menemui jalan buntu. Masalah yang sama berulang kali di dengar oleh mata/telinga masyarakat, dan telinga masyarakat kini sudah lali dengan perkara seperti ini. Sudah menjadi kebiasaan.
Policy makers perlu di ubah. Kesemuanya harus diteliti kembali.
Noktah
Ikutlah resmi pokok “Walaupun setiap hari di serang pelbagai penyakit, namun jika terdapat gene yang menafsirkan kepada protein yang mampu menangkis serangan yang tiba, pokok tetap berdiri teguh dan terus memberikan hasil yang terbaik buat tuan empunya pokok.”
Manusia terutama anak muda perlu kuat dalam menangkis segala serangan minda yang semakin kritikal saat ini. Kukuhkan gene iman di dada, semoga hasil daripada itu ia mampu memberikan impak pertahanan yang terbaik!
Wallahualam.