Pertemuan yang terakhir di KMKulim
8 April 2010 tidak akan saya lupakan dalam lipatan sejarah hidup saya, kerana hari tersebut begitu bermakna bagi saya. Sebelum ini saya merupakan Ansara PDRM, Kulim, turut memiliki keluarga di Pdrm,kulim. Tetapi keluarga di Kolej MARA Kulim saya labelkan sebagai the best!,sampaikan tibanya hari tersebut,saya takut kalau-kalau ada ahli yang tidak datang untuk pertemuan terakhir tersebut. Pertemuan yang terakhir di KMK tidak bermakna kami tidak akan bertemu kembali untuk masa akan datang, sekiranya di izinkan-Nya
Message dari bonda yang bertarikh 7 April 2010, selepas tamat peperiksaan biologi kertas 2 membuatkan hati ini berdebar-debar. Dalam hati,”biar betul saya dapat message ni”. Orang yang pertama saya tunjukkan message tersebut semestinya Esmeth. Excited hendak membalas message tersebut. Beliau suka benar panggil saya dengan gelaran ‘abang fiq’. Kekadang segan dibuatnya bila dipanggil begitu secara umum. Message tersebut:
Salam Anakanda. Esok, last day cikgu2 b4 bcuti. Possible tak nak jumpe semua mentee 10 minit kul 10 pagi, teringin nak ambil gamba dengan mentee b4 meeting guru kul 11 pagi esok?? lokasi,ruang legar dewan.. ms.k
Sebelum balas, saya semak kembali message tersebut beberapa kali, dan tertanya juga pukul berapa bonda hantar message ni. Pukul 11:18 pagi, masa ni kami masih dalam medan juang kami. Dengan pantas saya membalas. Selepas semuanya selesai, saya membuat hebahan kepada semua mentee lain untuk program tersebut.
Message tidak Sampai
Malam 7 April, Shukran bertanya mengenai pemakaian untuk esok hari,saya cuma mention baju lengan panjang. Memang silap besar, saya bercadang untuk seragam bagi brothers. Akhirnya,spoil juga. Saya fikir Shukran mengerti akan apa yang saya maksudkan dengan baju lengan panjang tersebut. Kami punyai baju yang sama patern,sama corak,cuma berlainan dari segi warna. Kesimpulannya, saya perlu menyatakan sesuatu informasi dengan jelas, sebab tu kekadang saya lebih rela membazirkan wang dengan call seseorang hanya untuk satu maklumat.
Hari itu
Pertemuan yang dirancang telah berjalan dengan baik dan lancar, walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan. Saya dan Esmeth memilih untuk mengulangkaji silibus di surau kolej sementara menunggu jam 10 pagi. Saya singgah ke staff room, mana tahu bonda ada di dalam. Ternyata naluri saya betul. Saya menjemput bonda sekali, memandangkan staff room berdekatan dengan ruang legar dewan.
Akhirnya,semua sudah ada tepat jam 10 pagi,tapi saya kira balik. Macam ada yang tidak lengkap. Hamnah tiba lewat. Sudah beberapa posing kami ambil. Hanya sesi ini saja kami bergambar dengan Bonda Ms. kay. Kebanyakannya dengan Cikgu Mariam Ariffin. Mungkin disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dengan pelbagai urusan.
Bersalah
Perancangan untuk keluar bersama melawat ke beberapa lokasi di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan kerana kami(saya, Shukran dan Husna) perlu mengikuti lawatan ke UiTM yang clash dengan tarikh lawatan Mentor-mentee kami. Keadaan memaksa saya untuk berfikir lebih rasional dengan desakan Esmeth yang ingin saya mengikuti lawatan ke UiTM bertindan pula dengan perasaan mentee lain. Maaf sahabat-sahabat, pengorbanan masa kita bersama ini pasti ada hikmah disebaliknya.
Pesanan dari Bonda
Masih segar di ingatan saya beberapa pesanan dari bonda untuk bekalan hidup di Universiti. Ya, kami bakal bergelar mahasiswa/mahasiswi. Mungkin ada yang saya terlupa, saya terlupa untuk membawa buku jurnal. Boleh buat catatan, sebab bonda pernah berkata:”always take notes because paper never forget“, tapi rasanya ini lah nasihat beliau kepada kami:
1. Jaga solat
2.Kalau rasa diri kurang keyakinan dalam bab-bab agama, join usrah. Cabaran di Universiti sangat hebat kata beliau.
3.Khusus kepada perempuan, bila dah complete ijazah pertama, lebih baik kawin cepat. Tapi kalau ada pasang niat hendak berbakti kepada ibubapa, sementara masih ada waktu, utamakan lah dengan berbakti tersebut. Bonda pernah melakukan ‘kesilapan’ dengan berkahwin awal. Beliau teringin sekali untuk berbakti kepada ibubapa, tetapi ia sudah terlambat. Sangkaan dapat berbakti selepas berkahwin nyata meleset sekali, kerana terpaksa mengikut hala tuju suami.
4. “Jangan gatal hendak bergewe”, tegas beliau. Kesilapan pelajar bumiputera adalah mereka leka dalam melayan perasaan masing-masing sehingga pelajaran diabaikan. Pastikan pelajaran di letakkan sebagai priority yang utama. Tapi, boleh pula Shukran menghala topik tersebut ke arah saya seraya berkata:”dengar tu fikri!”.
Rindu
Saya pasti merindui saat-saat pahit manis bersama bonda & mentee semua. Pengalaman di matrikulasi adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Terlalu mahal. Diharapkan kita semua sentiasa berlindung di bawah naungan rahmat ALLAH SWT. Panjang umur, murah rezeki, bersua jua kita nanti.