[polldaddy poll=5868588]
Baru-baru ini saya teruja dengan keterbukaan Kerajaan memberikan baucer buku yang bernilai RM 200.
Sangat menarik. Makin mendalam minat saya dalam membaca pelbagai jenis buku.
RM 200 cukup untuk membeli buku-buku yang selain akademik.
Buku-buku yang bersifat mengasah pemikiran untuk menjadi lebih matang.
Matang dalam membuat keputusan, tindakan dan terbuka dengan pandangan orang sekeliling.
Dalam kegembiraan wujud kegusaran
“Aku tidak tahu nak buat apa dengan voucher tu. Alangkah indahnya kalau dapat ditukar dengan duit.”
“Lagi best kalau dapat beli Kreko!”
” #$%^ voucher. i need cash to buy used book from senior.”
Saya melihat situasi begini adalah sangat rugi dari sudut mentaliti dan pemikiran seseorang manusia.
Manusia yang bergelar Mahasiswa. Saya bersetuju dalam sesetengah komen yang wujud berkenaan baucar tersebut.
“Buku untuk pelajar seni dengan voucher ini tak cukup 😐 hang tak tau buku seni lagi mahal dari buku lain 😐“
Bersetuju kerana RM 200 tidak mencukupi untuk membeli pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan Akademik.
Malah, tidak salah jika saya nyatakan bahawa
“Kita hanya mula membaca buku-buku Akademik, hanya kerana peperiksaan sahaja“
Kita sudah pun diabaikan dan dilalaikan dalam menghargai sesuatu Ilmu.
Melihat pada komen yang sangat pelbagai tersebut, saya tidak menyalahkan mereka atas pemikiran dan pendirian mereka.
Setiap pandangan dan kritikan sangat diperlukan dalam melaksanakan sesuatu yang baru.
Saya juga tidak menganggap 100% komen yang wujud menyebelahi pihak yang bersifat tidak optimis dalam pemberian buku tersebut.
Tidak mengambil kesempatan atas peluang
Secara luaran kita boleh menafsirkan pemberian ini bersifat ‘memancing undi’, kerana Pilihan Raya Umum bakal menjelang tiba.
Tambahan pula dengan seruan yang dilaungkan pelbagai aktivis Mahasiswa dalam memperjuangkan hak mereka, pasti mengetarkan setiap ahli Kerajaan.
Walhal, baucar tersebut tidak menyatakan hanya sah laku digunakan untuk kegunaan bahan akademik. Tidak!
Pelbagai bacaan yang bersifat membentuk budaya berfikir, meningkatkan motivasi diri sangat digalakkan untuk dijadikan bahan bacaan.
Peringkat umur remaja adalah peringkat untuk mematangkan fikiran dengan bahan bacaan seperti ini.
Bukan yang berunsur kecintaan, kegembiraan tetapi berunsur perjuangan, mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.
Sekali lagi
Kita membuktikan kita adalah seseorang yang tergolong dalam generasi Strawberi.
Ya. Kita adalah tergolong dalam generasi Strawberi. Generasi yang rapuh pemikiran, selembut strawberi yang hilang warnanya apabila ditimpakan cahaya mentari.
Sering berfikir hanya pendirian mereka sahaja yang betul. Malahan, mengharap sesuatu lebih daripada apa yang perlu.
Berjam-jam masa dihabiskan dalam menunggu notification di laman sosial. Saya bermuhasabah atas perkara ini.
“Aku berazam semester depan 4.o dalam tangan!”
Sembang kencang!
Muhasabah
Kita sering berdoa dalam solat. Sebaik sahaja kita mengangkat takbir, ucapan yang pertama adalah doa Iftitah.
Kandungannya harus kita selami dengan jiwa yang ikhlas.
Sejauh mana kita menghayati istilah di sebalik doa pasti dapat diterjemahkan melalui perbuatan kita.
“Solat ku, ibadah ku, mati ku kerana Allah Taala.”
Adakah selama ini setiap perbuatan kita diniatkan kerana Allah Taala? 🙂