Autonomi Universiti : Tahniah UKM!

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

UKM

Sumber | kekoh.blogspot.com

Lima universiti diberikan kuasa autonomi dalam membuat keputusan melibatkan urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik. Kuasa ini sangat bertepatan dengan konsep kebebasan akademik yang acap kali kedengaran dilaungkan mahasiswa seluruh Malaysia belakangan ini.

Selain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terdapat empat universiti lain yang terlibat dengan perubahan ini antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pemberian autonomi ini memberi peluang kepada universiti untuk mencorakkan budaya kampus yang bakal dikelola sepenuhnya oleh pentadbiran universiti. Perkara ini mengelakkan timbulnya alasan bahawa universiti tidak mampu berdaya saing akibat dikongkong oleh pihak kementerian.

Kebebasan Akademik

Menuju era kebebasan akademik? Saya pasti ada yang menyokong dan sudah tentu ada juga yang membantah.

Dalam benak fikiran saya suatu ketika dahulu, “kebebasan akademik ni perlu sangat ke?” Saya beranggapan sedemikian ketika melihat suasana atau kondisi mahasiswa sekarang. Bagaikan tidak merasakan perkara sebegini menjadi faktor sensiviti kepada mereka.

Apa yang penting, kebajikan mereka terjaga. Perkara yang tidak memberikan manfaat kepada diri sendiri tidak perlu diambil tahu. “Hidup aku, aku punya hal. Hidup kau, kau punya hal!”

Mahasiswa sekarang boleh dikatakan sebahagian besar tidak begitu menyenangi berita-berita sebegini. Puncanya tidak diketahui. Apa yang boleh saya buktikan adalah dengan program yang bersifat hiburan, suka-suka, lebih menjadi pilihan kepada kelompok ini berbanding program yang bersifat mengasah bakat serta budaya pemikiran.

Bukan sifat saya ingin membandingkan negara tercinta dengan negara lain. Hakikatnya sudah pun begitu, kita sendiri melihat budaya media sekarang yang seakan ingin melihat Malaysia ini menghampiri ambang kehancuran.

Berita ayah rogol anak, Ibu maut dibunuh anak, gejala sosial melampau, perjudian, hiburan sensasi, artis dan bintang terkenal. Malah, adalah tidak salah jika saya katakan bahawa berita-berita seperti ini lebih banyak berbanding berita kejayaan Malaysia, berita yang membawa perubahan Malaysia yang membangun ke arah kemajuan.

Saya melihat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sekiranya autonomi ini diberikan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kemungkinan universiti ini memilih pelajar bukan warga tempatan semata-mata mengejar kedudukan yang tertinggi di dunia, pelajar tempatan kurang menjadi pilihan, prosedur yang ketat, birokrasi yang melampau.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pandangan saya, namun adalah sebaiknya difikirkan untuk kebaikan bersama. Sekurang-kurangnya kita berfikir dalam erti kata membawa manfaat kepada semua. Saya sudah bosan dengan istilah generasi strawberi.

Maka, tidak dapat tidak kita selaku mahasiswa yang prihatin kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain perlu mengambil kisah akan setiap perkara yang berlaku di persekitaran kita. Jangan dianggap mudah sesuatu perkara meskipun tidak memberi manfaat atau musibah kepada kita.

Sudah terhantuk baru tergadah!

Sudah terhantuk baru terngadah

Jangan bersifat seperti di atas kerana kitaran hidup kita ini tidak ubah seperti roda. Kekadang kita berada di atas, kekadang kita pula berada di bawah.

Apa yang kita miliki pada hari ini belum tentu akan kekal di kemudian hari. Mungkin pada hari ini kita mampu membeli sesuatu yang tidak mampu dimiliki oleh orang lain. Namun, jangan terkejut jika esok, lusa dan seterusnya kita hanya mampu menjamah roti canai di kedai mamak. Contoh!

Prihatin kepada isu-isu semasa kelak kita juga akan mengisi jawatan yang tertentu. Pelajar pendidikan kelak akan bergelar seorang guru dan mungkin mengisi jawatan guru besar. Pelajar ekonomi mungkin mengisi jawatan pengurus kewangan syarikat-syarikat besar. Pelajar sains mungkin mewarisi khidmat profesor di fakulti atau di makmal.

Kita hidup pada hari ini hasil tanaman orang terdahulu. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk menanam sesuatu demi kesejahteraan manusia di masa hadapan.

Kisah inspirasi buat sang berjiwa besar

Suka saya kongsikan cerita orang terdahulu;

Ada seorang pakcik tua yang kelihatan begitu bersungguh menanam biji benih.

Biji benih yang bakal tumbuh ini akan membesar menjadi sebuah pokok, namun pokok ini seperti tidak akan membuahkan hasil dalam perkiraan dua atau tiga tahun terdekat.

Melihat akan usia seorang pakcik tua ini, pasti beliau tidak sempat untuk merasa hasil tanamannya itu.

Tetapi kenapa pakcik tua ini bersungguh?

Pakcik tua berkata “Apa yang kita rasa pada hari ini, apa yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil titik peluh perjuangan orang terdahulu. Ingin melihat generasi masa hadapan terus maju dan bertenaga. Mungkin apa yang kita rasai ini adalah hasil 10 tahun penantian orang terdahulu, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada kita pula untuk memastikan keberlangsungan generasi pada masa hadapan.”

Noktah

Sekadar perkongsian, agar kita mengenal apa erti kerjasama dan ambil berat dalam skop yang luas. Semoga kita menjadi seorang manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain. InsyaAllah. (“,)


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment