Saudara di KMKulim

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kolej MARA Kulim

Post kali ini mengenai Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) untuk dua program pengajian di Kolej MARA Kulim. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan Keusahwanan sains Universiti Malaysia Kelantan.

Jumaat (20 Mei 2011)

Ketibaan Ahli Jawatankuasa Orintasi (AJKO), bukan main gempak ayat ni. 😀 Padahal, hari ini sepatutnya kesemua AJKO sudah berada di KMKu, tetapi 2-3 orang  sahaja. Masih saya seorang seperti selalu datang awal dalam kalangan Batch 2009/2010.  🙂 Parking

Sabtu (21 Mei 2011)

Perjumpaan pertama untuk jentera fasilitator. Namun, tidak dapat dihadiri oleh kaunselor cikgu norriah. Tahun ni dapat dirasai dugaan yang bakal di tempuhi adalah yang terbesar juga bagi ku. Para AJKO akan bergerak tanpa dipimpin sepenuhnya oleh kaunselor. Peranan seorang ketua amat penting.

Agenda pertama, pemilihan Majlis Tertinggi dan Ketua Unit. Permulaan yang agak perlahan kerana tiada maklumat tambahan mengenai Unit yang terlibat dalam Minggu Pengurusan Pelajar ini. Terpaksa menunggu sehingga tengah hari untuk maklumat tersebut. Saat ini kerusi ketua unit disiplin pelajar telah pun di tempah khas untuk bekas cubemate saya, cipu. Meskipun orangnya masih tidak sampai.

ContenganUsai solat zohor, perbincangan mengenai Ketua Unit diteruskan dengan lagu tema. Hampir 10 lagu di calonkan, namun tiada satu pun menarik minat. Pemilihan jawatankuasa untuk proses pendaftaran pelajar baru persediaan Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Agenda membuang masa diteruskan dengan mendengar lagu-lagu yang dicalonkan.

Selepas solat isya’ berjemaah, agenda persiapan diteruskan dengan amanat pengarah. Pengarah mengharapkan kerjasama yang sepenuhnya dari setiap AJKO sepanjang tempoh Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) berlangsung. Beliau mengharapkan setiap AJKO menjadi role model untuk setiap pelajar baru.

Memetik kata ayahanda pengarah “ tekad itu adalah penggunaan sepenuh potensi untuk mencapai apa yang hendak dicapai. Segalanya tentang potensi masing-masing”.

Post mortemTarget!

Kali ni diharapkan pelajar baru yang mendaftar mendapat kelulusan 100% sekurang-kurangnya PNGK 2.0 dan keatas. Bukan mudah bagi kami para AJKO untuk merealisasikan amanat pengarah yang ini, kerana sebaik sahaja program orintasi tamat, AJKO akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Segala-galanya bergantung pada diri pelajar itu sendiri, kami dari barisan AJKO hanya mampu memberikan khidmat nasihat dan sokongan moral.

 Solusi?

  1. Ada yang memberi cadangan agar ditubuhkan satu kumpulan khas di laman sosial Facebook. Bagi saya, ini tidak salah, cuma akan menambahkan kesan yang negative. Kemungkinan untuk pelajar leka dengan laman sosial adalah Meeting!tinggi.
  2. Amanat melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Melalui LDK, AJKO mampu memberi perhatian sepenuhnya. Mengambil tahu setiap masalah pelajar, kerana melibatkan jumlah pelajar yang kecil. Pelbagai tips dapat dikongsi bersama.

Akhir kata dari ayahanda pengarah “ jadilah seseorang yang bekerja mempengaruhi orang lain.” Mempengaruhi dari sudut kebaikan dan bukannya keburukan. Mempengaruhi minda dan minat orang juga bukan suatu kerja yang mudah.

Ustaz Zural, Cipu & HadiLagu tema

Akhirnya, lagu kita bersaudara dari KRU di pilih. Lagu ni di calonkan di saat akhir. Memang tidak disangka. Mula-mula dengar rasa macam sakit telinga ja. 😀 Namun, pesanan yang ingin disampaikan dalam lagu ni amat berkesan di jiwa kami.

Penyerapan Ahli Jawatankuasa untuk Pendaftaran.

Pembahagian tugas untuk sepanjang pendaftaran pelajar persediaan UMK berlangsung, dari tempat parking hingga ke asrama. Cadangan untuk peralihan tugas untuk hari pendaftaran pelajar matrikulasi di terima atas alasan berpanas di tempat parking. Haha!

Ahad (22 Mei 2011)

PendaftaranPagi di mulakan dengan taklimat pendaftaran khas untuk AJKO oleh cikgu safura. Ketibaan pelajar persediaan sains keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan. Suasana agak lenggang. Tepat jam 9 pagi, kelihatan bas dari UMK tiba di perkarangan KMKulim. Lagi menyayat hati, AJKO dari UMK hanya seramai 5 orang. Staff yang berpuluh orang itu hanya memenuhi tuntutan melihat suasana pendaftaran sahaja. Kesian pula dengan AJKO UMK. Sehingga jam 12.00 tengah hari, hanya 20 orang pelajar yang mendaftar. Macam sedih ja dengar.

Petang itu, mesyuarat tergempar diadakan khas untuk membincangkan program esok hari. Ingatkan tak perlu mesyuarat malam, namun keberkesanan mengendalikan mesyuarat pertama diragui, kata sepakat tidak dicapai. Dugaan buat diri ini juga. Bukan senang untuk menjadi ketua.

Keluar sahaja dari bilik gerakan, saya disarankan untuk mengadakan mesyuarat khas bersama Majlis Tertinggi. MT tak puas hati dengan mesyuarat tadi. Saya merancang untuk mesyuarat MT sebaik sahaja taklimat Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) UMK selesai. Mungkin saya masih ragu-ragu, blur, pening, terkejut! Haha! Menyusahkan Setiausaha untuk menulis minit mesyuarat. Mula-mula bincang hal lain, lepas tu hal lain. Berserabut jadinya. 😀Checkmate!

 Malam

Mesyuarat bersama semua AJKO berjalan agak lancar, sesiapa mencelah semasa orang lain bercakap, saya hentam cukup-cukup. Bukan apa, singkatkan masa mesyuarat dapat meningkatkan kualiti tindakan. Biar semua jelas, tiada perbalahan. Siapa pun tidak suka jika mesyuarat meleret sehingga jam 2-3 pagi. Alhamdulillah, sesi kali ni tidak terlalu lama perbincangannya. Perlantikan Person In Charge (PIC) bertujuan untuk memantau perjalanan program seharian. Segala masalah perlu berhubung dengan masalah program boleh berunding dengan orang yang dilantik. Mudah jika pembahagian tugas dilaksanakan sebaiknya.Tidor!

Lepas mesyuarat tu pun, kami di ‘buli’ oleh pihak pentadbiran kolej untuk menggunting pelekat file pelajar. Mesyuarat tamat awal pun, bukan boleh tidur awal. 3 pagi juga baru dapat tidur. Pening dengan warna pink pelekat tu. Aih~

Isnin (23 Mei 2011)

Pendaftaran Pelajar Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertugas di kaunter pembayaran. Begitu sesak dengan kehadiran pelajar yang datang bagai gelombang ombak yang mengejut. Sepatutnya pendaftaran bermula jam 8  pagi. Disebabkan kehadiran waris pelajar seawal jam 7.30 pagi menyebabkan beberapa fasi yang bertugas di bahagian parking tidak cukup tangan. Kekalutan mula dirasai di bahagian pendaftaran pelajar, terutamanya pelajar perempuan. Kaunter yang dibuka tidak mampu menampung bilangan pelajar yang datang, sehingga ada yang sesat mengikut laluan pelajar lelaki.Sesak

Jam 12 tengah hari, bilangan kasar pelajar yang mendaftar hampir 630 orang. Setakat ini tidak terdapat masalah, semuanya berjalan lancar. Seusai pendaftaran, AJKO bersiap untuk sesi petangnya, Taklimat MPPB 2011/2012. Slot pengenalan para AJKO dengan adik-adik baru. Pengenalan lagu tema, lagu MARA dan cheers WE GOT K.M.K.U.

 Malamnya, baru nak kalut buat teks pengerusi majlis untuk Majlis Bersama Pengarah Kolej esok hari. Alhamdulillah, syukur dengan AJKO yang bijak melaksanakan peranan masing-masing. Bukan seperti bila diketuk baru hendak bergerak. Malam itu warta disiplin telah pun dilaksanakan. Tekanan bagi para pelajar baru sahaja bermula. Perlantikan penghulu dan penghuluwati turut berlangsung semasa warta disiplin diterangkan. Post mortem tak perlu nak bincang lama, pendaftaran ja pun. Cuma penekanan untuk esok hari agar PIC bertugas tidak leka. Seperti biasa, kuliah Magrib sentiasa menjadi isu setiap sesi. Masa yang singkat dipersalahkan.

Kuliah MagribKuliah Magrib

Selasa (24 Mei 2011)

Saya sangat memuji pelajar tahun ni kerana disiplin mereka. AJKO tidak perlu untuk berlari ke asrama, memanggil mereka turun. Biasalah 2-3 orang yang lambat. Syabas! Semoga terus berkekalan sehingga tamat pengajian. Pagi ni rasa amat gemuruh, pertama kali jadi pengerusi majlis yang besar kot. Majlis rasmi lagi. Apa pun ianya sebuah pengalaman. Ada peneman yang berkaliber dan berpengalaman, tidak berasa kekok sangat, azuwa bakal dentist yang berbahasa. 🙂Azuwa

 Sesi bersama mentor.

Kali ni saya tidak terlibat sepenuhnya dalam mengurus LDK, teringin seperti dulu. Teman cikgu-cikgu. Tapi kali ni berbeza dengan tahun lepas. Banyak kerja perlu  diselesaikan kerana tiada persiapan awal.

Terpaksa juga saya membantu junior yang mengetuai AJK Latihan Dalam Kumpulan. Kelihatan cikgu-cikgu sudah pun berarak ke tempat LDK masing-masing, tetapi pelajar masih di dalam dewan. Tak pa. Slow-slow dulu. Akhirnya, saya ditugaskan untuk menjaga LDK 53, mentornya cikgu firdaus.

Bunyi deringan telefon, teett~ . Saya dimaklumkan bahawa dewan kesidang terkunci dari dalam. Dengan pantas meninggalkan makmal biologi (LDK 53), berlari terus ke pondok jaga. Bertanya perihal kunci dewan kesidang, pakcik jaga kata “bukan kami yang pegang”. Sudah! Bergegas pula ke dewan kesidang. Kelihatan cikgu fauzi dalam keadaan tidak keruan. Pergh~ bahaya ni.

Pengarah dan PenghuluAkhirnya, saya di ceramah di hadapan sekumpulan pelajar baru oleh cikgu fauzi. Mahu tak merah padam muka. Beliau tidak puas hati bukan kepada AJKO pada mulanya, tetapi telahan saya menyangka beliau seakan mahu menghentam kami. Kelewatan membuka pintu dewan kesidang adalah tanggungjawab staff kolej. Tetapi saya dimaklumkan lambat bahawa kebanyakan staff kolej dah pencen. Dugaan betul.

Interaksi 2: taklimat akademik oleh Timbalan HEA.

Semua AJKO dikehendaki untuk berada dalam bilik gerakan. Taklimat untuk persembahan penjanaan kreativiti oleh Abang Cikgu. Setiap perincian program perlu di fahami. Kelak tidak menimbulkan salah faham. Petangnya riadah di dewan besar, hujan tidak mengizinkan kami bersenam di padang.

Xi Shua Shua Aktiviti riadah turut disertai oleh Pengarah Kolej. Bersenam dan berjoget. Haha! Apa yang saya perasan, jika aktiviti yang kita jalankan ni turut disertai oleh pihak pentadbiran kolej, pelajar-pelajar turut bersemangat. Chicken dance dan xi shua shua.

Forum Alumni: Kehidupan seorang pelajar Kolej MARA Kulim.

Forum kali ini tidak disertai oleh alumni luar, tetapi dalam kalangan AJKO sendiri. Alhamdulillah, syukur dengan kewujudan barisan alumni yang masih berbisa dari luahan kata-katanya. Forum turut disertai oleh AJKO UMK, abang ikhwan syafaat, selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan.Forum Alumni

Apa yang menarik untuk forum kali ini adalah pada perlaksanaannya. Saya rasa tidak pernah ada forum di wujudkan tea break. Cuma di KMKulim sahaja khas buat pelajar baru kami wujudkan tea break. 😀 Padahal, kami menghadapi masalah dengan pentadbiran dewan selera yang memberi kami pilihan yang agak menekan kami.

Rabu (25 Mei 2011)

Sepanjang hari adalah aktiviti bersama mentor, yakni Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti yang sama saja setiap tahun, sehinggakan kami dari pihak AJKO menyarankan agar sesi depan, pengisiannya di ubah.

Tengah hari, taklimat dari AJK Riadah mengenai aktiviti explorace. Seperti yang saya jangkakan, kerja last minute ni sangat memberi tekanan kepada pihak AJKO. Terdapat pelbagai masalah dari segi perlaksanaannya. AJKO sendiri tiada kata sepakat. Kami terpaksa mengendalikan aktiviti tersebut sepenuhnya. Sepatutnya taklimat riadah ni perlu diadakan sebelum bermulanya minggu orintasi.Explorace

Apa pun, saya dikehendaki menjaga gelanggang bola keranjang di hadapan bangunan FIST UniKL yang lama. Cuba juga buat balingan. Tak masuk-masuk. Bukan senang. Pengarah sendiri datang mencuba nasib. Kepakaran beliau dalam permainan bola keranjang memang tidak dinafikan sejak saya di bangku MRSM PDRM lagi. Kebanyakan kumpulan yang hadir untuk program ni, saya pangkah semuanya. Tiada 1 kumpulan yang berjaya. Sungguh kejam. 😀

Malamnya aktiviti Sentuhan Kalbu. Saya tidak dapat sertai program ni kerana sibuk menguruskan beberapa orang pelajar yang menjadi pengerusi majlis untuk Majlis Penutup MPPB. Disamping itu, saya sempat slow talk dengan cikgu Kamal Yahya, kaunselor KMKulim. Kami memohon agar sebaik sahaja taklimat qiamulail esok tamat, sesi bersama beberapa orang AJKO diadakan. Tetapi permohonan kami di tolak.Unit Disiplin Pelajar

Disebalik kekerasan kami, cikgu Kamal sempat memberikan beberapa nasihat kepada kami yang berada dalam bilik kaunseling ketika itu. Setiap apa yang kita lakukan ini pasti ada dugaannya. Bukan senang hendak senang. Sungguh saya telah tersalah sangka dengan cikgu kamal. Terasa sungguh ketika itu. Saya bukannya rapat sangat dengan cikgu kamal masa mengaji di KMKulim ini dahulu. Tetapi program orintasi ini telah memberikan saya seribu makna, pelajaran dan pengalaman yang baru.

Post mortem malam tu, saya melahirkan rasa kesal terhadap pandangan saya terhadap cikgu kamal. Saya tak larat nak panjangkan lagi post mortem malam tu. Saya teruskan dengan penerangan untuk agenda esoknya. Tamat agak awal, 1.30 pagi.

Khamis (26 Mei 2011)

Tunas HarapanAktiviti hari ni diceriakan dengan Program Tunas Harapan. Saya sangkakan program ni kami AJKO yang akan paksa pelajar naik ke pentas, tetapi pelajar baru sendiri seakan-akan tidak sabar ingin naik ke pentas. Pelbagai ragam pelajar dapat kita lihat. Memang kreatif, termasuklah gaya menyindir AJKO. Hahaha! Terbaik! Kami dari pihak AJKO berbangga ada juga yang dapat di ingati oleh setiap pelajar atas segala tindakan kami.

Pengarah turut menlahirkan rasa gembira dengan perkembangan pelajar. Beliau sebenarnya mengharapkan pelajar-pelajar berani tampil ke hadapan, tidak kisah ingin berucap, menyanyi, bersajak, berlakon. Matlamat program ini adalah untuk menzahirkan sifat keberanian pelajar KMKulim. Selaras dengan Moto | Menjana pelajar intelek berketrampilan.

Majlis penutup MPPB. Saya berucap berdasarkan teks ucapan di skrin. Saja meniru gaya Pengarah KMKulim, Tn. Hj. Ruslan Bin Abdul Shukor. Sambil berucap jeling mata di kerusi bahagian duduk pengarah. Tangan beliau tidak berhenti menulis sesuatu. Menambah rasa cuak di hati. Kemungkinan besar untuk memberi komen tentang ucapan saya selepas ini.Penghargaan

Apa pun, Majlis Penutup kali ni mendapat komen positif dari cikgu-cikgu. Katanya tak nampak skema sangat. Dengan persembahan nyanyian dari wakil pelajar persediaan UMK dan sketsa dari wakil pelajar Matrikulasi. Bagi saya, lagu yang didendangkan itu cukup bersemangat, menuju ke mercu cita-cita. Kalau boleh semangat seperti itu terus mekar dan wujud sehingga akhir pengajian. Sehinggakan bonda Khairiah mengatakan saya semakin kurus menguruskan minggu pengurusan pelajar ini. 😀

Susun BataPetang itu beriadah dengan sukan rakyat. Pengarah turut menceriakan program petang itu. Tugas saya petang itu adalah memantau permainan susun bata. Pelbagai gelagat, strategi, cara dilakukan semata-mata untuk cepat sampai ke penghujung garisan. Sampai ada yang berdarah tangannya. Kesian pula.

Tak kurang juga kami bermandi tepung. Segalanya bermula dari cubemate saya. ceyt! Niat menjadi cameraman terkubur, habis dengan kamera pun bermandi tepung. adoi.Mandi Tepung

Taklimat qiamulail oleh ustaz Zural. Terpaksa akur dengan nasihat cikgu Kamal. Kami sedar AJKO hanya perlu mengikut arahan. Jadi disebabkan kerana mengikut arahan, ustaz Zural sempat menghabiskan sesi taklimat sehingga jam 10.20 malam. Program diteruskan dengan sesi penerangan oleh taiko aka cipu merangkap Ketua Unit Disiplin Pelajar. Mungkin ada yang terkejut, segala perancangan, lakonan adalah yang terbaik. Siap ada yang mengaku mengambil jurusan kejuruteraan air pengkhususan singki. Kesemua yang berlakon dengan identiti berlainan sudah pun berterus terang serta memohon maaf. Kebanyakan AJKO awal begerak ke kampung masing-masing atas komitmen lain.

Post mortem pun tidak terlalu lama. Pengarah menjemput semua AJKO untuk jamuan di rumah beliau. Post mortem tamat jam 11.45 malam. Sempat juga kami bekas pelajar kuliah F sesi 2009/2010 bergambar. Saya rasa kuliah kami yang paling banyak ahlinya yang menjadi AJKO. Sesi lepas pun sama. Ada 2-3 orang AJKO yang tiada dalam gambar ni.Kuliah F

Jumaat (27 Mei 2011)

Qiamulail. Terbaik la program ni. Banyak juga yang hadir. Teruskan usaha untuk istiqamah dalam menuntut ilmu disamping mengamalkan solat malam. Setiap usaha kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Semoga terus memohon keredhaan Allah.Qiamulail

 Sesi bersama AJKO. Sepatutnya ada, tetapi kami lupa, hari jumaat bukan semua staff bekerja. Tak jadi hendak buat tayangan video. Terpaksa la buat aktiviti riadah. Pagi-pagi dah kena menari. Hahaha! Sepatutnya sesi ni semua AJKO berucap kata-kata terakhir serta komen mereka terhadap MPPB ini.

Penjanaan Kreativiti. Sepatutnya program ini bukanlah program untuk sketsa, drama atau apa-apa yang berkaitan dengan lakonan. Penjanaan kreativiti ini sebenarnya untuk gerakan atau formasi berkumpulan. Kemungkinan di salah erti oleh pelajar. AJKO juga tidak cukup jelas dalam perkara ini. Maka, berlaku la pelbagai adengan di atas pentas. Kadang-kadang tidak cukup masa. Mana tidaknya, 8 minit itu bukannya lama. Memang secara logiknya khas untuk formasi gerakan pelajar secara berkumpulan.

Setiap kumpulan diberi tema tertentu bedasarkan keadaan dan isu-isu semasa. Kemungkinan dari segi nama program yang tidak sesuai. Cikgu yang menguruskan program ini juga mengakuinya. Sesi depan program ini perlu di teruskan agar dapat menjana pelajar yang lebih kreatif. Cuma memerlukan penjenamaan semula namanya. Saya ditugaskan bersama Farhana untuk memantau kumpulan kreatif 10 mewakili LDK 46-50. Sesi pagi sahaja yang mampu saya pantau, petangnya terpaksa memantau di dewan. Susun atur majlis malamnya.Adam & Cipu

Maka dengan tamatnya Persembahan Penjanaan Kreativiti, berakhir juga minggu pengurusan pelajar baharu sesi 2011/2012. Pelajar di sajikan dengan video yang disediakan khas oleh abang Mike chang, taiko, haikal dan adam.

Akhir KataAkhir kata | Jadilah kita hamba yang sering berdoa, jangan menjadi hamba yang sombong untuk berdoa. Sebaik-baik pergantungan hanyalah pada Allah. Setiap daripada kita mampu berusaha, setiap dari kita juga ada tahap usahanya tersendiri. Kita bukan tuhan, jika awal-awal sudah mengatakan matrikulasi ini susah, sebabnya kita belum lagi berusaha. Ini kata-kata pengarah sejak zaman pengajian saya lagi sehingga sekarang, ayat masih tidak berubah.  🙂

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua pelajar sesi 2011/2012. Sekalung penghargaan juga kepada semua AJKO diatas kerjasama yang diberikan. Semoga semua daripada kita memperoleh pengalaman yang bermakna.

Kumpul sebanyak mungkin ilmu di sana, bukan sahaja akademik tetapi ilmu kepimpinan. InsyaAllah anda tidak akan rugi. Sangat seronok berukhuwah dan berjemaah dalam melakukan sesuatu. Kita tidak akan berasa keseorangan. Dengan keberadaan sahabat di sekeliling kita yang masing-masing mempunyai matlamat tersendiri, kita akan berasa lebih bersemangat untuk mencapai matlamat kita juga.

Kumpul IlmuJadilah kita seperti bintang yang dilempar ke langit menjadi kejora, di lempar ke laut menjadi mutiara. 😀


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment